Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 16:62 — Lebah (Al-Nahl)

Mereka menyifatkan kepada Allah apa yang mereka sendiri tidak sukakan untuk diri mereka, dan mengatakan pembohongan dengan lidah lidah mereka bahwa mereka itu orang orang yang benar! Dengan tidak diragukan lagi, mereka telah mendapatkan Neraka, kerana kedurhakaan mereka.

[16:61] Jika Allah menghukum sekelian manusia kerana keterlaluan mereka, sudah tentu Dia akan hapuskan setiap makhluk dibumi ini. Tetapi Dia menangguhkan mereka kesuatu masa yang telah ditetapkan waktunya. Setelah masa penungguannya selesai, mereka tidak akan dapat diundurkan walau sejam, dan tidak juga boleh dimajukan.

[16:63] Demi Allah, kami telah menghantar (para rasul) kepada komuniti komuniti sebelum kamu, tetapi syaitan telah menghiaskan baik kerja kerja mereka dimata mata mereka. Akibatnya, dia sekarang adalah tuhan mereka, dan mereka telah mendapat hukuman yang menyakitkan.