Al-Quran 16:63 — Lebah (Al-Nahl)
Demi Allah, kami telah menghantar (para rasul) kepada komuniti komuniti sebelum kamu, tetapi syaitan telah menghiaskan baik kerja kerja mereka dimata mata mereka. Akibatnya, dia sekarang adalah tuhan mereka, dan mereka telah mendapat hukuman yang menyakitkan.
[16:62] Mereka menyifatkan kepada Allah apa yang mereka sendiri tidak sukakan untuk diri mereka, dan mengatakan pembohongan dengan lidah lidah mereka bahwa mereka itu orang orang yang benar! Dengan tidak diragukan lagi, mereka telah mendapatkan Neraka, kerana kedurhakaan mereka.
[16:64] Kami telah turunkan kitab ini kepadamu, untuk menunjukkan kepada mereka apa yang telah mereka pertikaikan, dan memberi petunjuk dan belas kasih kepada orang orang yang percaya.