Al-Quran 16:93 — Lebah (Al-Nahl)
Dengan kehendak Allah; Dia boleh jadikan kamu semua satu perhimpunan. Tetapi Dia yang menyesatkan sesiapa saja yang memilih kepada kesesatan, dan Dia membimbing sesiapa saja yang menginginkan untuk mendapat bimbingan. Tentu sekali kamu akan ditanya berkenaan segala sesuatu yang telah kamu lakukan.
[16:92] Janganlah jadi seperti pengait yang menguraikan kaitannya yang kuat lalu dilonggokkan seperti benang yang tipis. Ini adalah contoh jika kamu cuba menyalah gunakan sumpah sumpah kamu untuk mengambil kesempatan terhadap yang lain. Sama ada satu kumpulan itu lebih besar dari yang lainnya, Allah telah mencuba kamu. Dia tentu sekali akan tunjukkan kamu diHari Kebangkitan kelak berkenaan apa apa yang kamu telah pertikaikan.
[16:94] Janganlah menyalah gunakan sumpah sumpah sesama kamu, supaya tidak kamu memungkirkan setelah mendapat pertapakkan yang kuat, lantas kamu mendapat kesusahan. Demikian itulah akibatnya kerana berpaling dari jalan Allah (dengan memberi contoh yang buruk); kamu menerima hukuman yang dahsyat.