Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 16:92 — Lebah (Al-Nahl)

Janganlah jadi seperti pengait yang menguraikan kaitannya yang kuat lalu dilonggokkan seperti benang yang tipis. Ini adalah contoh jika kamu cuba menyalah gunakan sumpah sumpah kamu untuk mengambil kesempatan terhadap yang lain. Sama ada satu kumpulan itu lebih besar dari yang lainnya, Allah telah mencuba kamu. Dia tentu sekali akan tunjukkan kamu diHari Kebangkitan kelak berkenaan apa apa yang kamu telah pertikaikan.

[16:91] Kamu mestilah memenuhi perjanjian kamu dengan Allah apabila kamu membuat perjanjian. Jangan sekali kamu mencemari sumpah sumpah setelah kamu bersumpah (dengan Allah) untuk menunaikannya, kerana kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kamu. Sesungguhnya Allah amat ketahui apa apa yang kamu lakukan.

[16:93] Dengan kehendak Allah; Dia boleh jadikan kamu semua satu perhimpunan. Tetapi Dia yang menyesatkan sesiapa saja yang memilih kepada kesesatan, dan Dia membimbing sesiapa saja yang menginginkan untuk mendapat bimbingan. Tentu sekali kamu akan ditanya berkenaan segala sesuatu yang telah kamu lakukan.