Al-Quran 17:67 — Keturunan Israil (Bani Israil)
Jika kamu terkandas ditengah tengah lautan, kamu melupakan pujaan pujaan kamu dan bermohon dengan penuh keikhlasan kepadaNya sahaja. Tetapi sebaik saja Dia selamatkan kamu ketepi pantai, kamu berbalik. Sememangnya manusia itu tidak tahu bersyukur.
[17:66] Tuhan kamu Sahajalah yang menyebabkan kapal kapal terapung diatas samudera, yang mana kamu dapat mencari pemberianNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penyayang terhadap kamu.
[17:68] Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan menyebabkan daratan, ditepi pantai, tidak dapat menelan kamu? Ataupun, yang Dia tidak akan menghantarkan ribut taufan kepada kamu, yang kamu tidak mendapatkan perlindungan?