Al-Quran 18:19 — Gua (Al-Kahf)
Apabila kami bangkitkan mereka, mereka bertanya sesama sendiri, "Berapa lamakah kamu berada disini?" "Kami telah berada disini selama sehari ataupun sebahagian dari hari," mereka menjawab. "Tuhan kamu amat mengetahui berapa lamakah yang kami tinggal disini, dari itu, mari kita hantar salah satu dari kita dengan wang ini pergi kebandar. Biar dia membawa pulang makanan yang paling bersih, dan belikan sedikit untuk kita. Supaya jangan dia menonjolkan dirinya, untuk menarik perhatian ramai.
[18:18] Kamu akan berfikir yang mereka itu berjaga, sebenarnya mereka itu tidur. Kami balik balikkan mereka kesebelah kanan dan kesebelah kiri, sementara anjing mereka meregangkan lengan lengannya ditengah tengah mereka. Sekiranya kamu dapat melihat mereka, kamu tentunya akan lari dari mereka, kerana rasa gerun.
[18:20] "Jika mereka menjumpaimu, mereka akan melemparkan batu kepadamu, ataupun memaksa kamu supaya berpaling kepada agama mereka, maka kamu tidak akan berjaya."