Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 18:28 — Gua (Al-Kahf)

Kamu mestilah paksa diri kamu untuk bersama sama dengan orang orang yang meyembah Tuhan kamu siang dan malam, mencari hanya Dia sahaja. Janganlah alihkan mata matamu dari mereka, kerana ingin mencari kemegahan didunia ini. Dan tidak juga mesti kamu menta'ati seorang yang hatinya kami biarkan tidak memperdulikan mesej kami; seorang yang mengejar keinginan keinginannya, dan yang keutamaan keutamaannya menjadi keliru.

[18:27] Kamu mestilah membaca apa yang diturunkan kepadamu dari kitab Tuhan kamu. Tidak ada yang boleh membatalkan perkataan perkataanNya, dan janganlah kamu mencari sumber yang lain disampingnya.

[18:29] Umumkanlah: Ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu," dan sesiapa saja yang menghendaki biarkan dia percaya, dan sesipa menghendaki biarkanlah dia mengingkarkan. Kami telah sediakan untuk orang orang yang melampaui batas itu dengan dilengkapi api disekeliling mereka. Apabila mereka menjerit untuk meminta tolong, mereka akan diberikan cecair yang pekat serupa asid yang melecurkan muka muka. Betapa deritanya minuman itu! Betapa azabnya destini!