Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:143 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Lantaran itu kami jadikan kaum yang berpengetahuan dan bertanggung jawab supaya mereka dapat berhidmat dan dapat berdiri sabagai saksi dikalangan manusia, dan rasul akan menjadi saksi dikalangan kamu. Kami tukarkan kedudukan Kiblah dari asalnya hanya untuk membezakan siapa diantara kamu yang bersedia mengikut rasul dari kalangan orang orang yang berpaling dari seruannya. Itu adalah satu percubaan yang amat sukar, tapi tidaklah berat bagi orang orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Allah tidak akan mensia siakan ibadatmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kepada hamba hambaNya lagi Maha Penyayang.

[2:142] Orang orang jahil diantara mereka berkata, "Kenapa pula mereka menukarkan arah Kiblah mereka?" Katakan."Kepunyaan Allah segala yang ada ditimur dan dibarat; Dialah yang membimbing sesiapa sahaja dengan kehendakNya kejalan yang lurus."

[2:144] Kami telah melihat wajahmu yang mendungak kelangit (mencari arah yang betul ). Sekarang kami telah serahkan Kiblah yang dapat menggembirakanmu. Dari itu , kamu akan sentiasa menujukan pandanganmu keMasjid Suci. Dimana sahaja kamu berada, kesemuanya diantara kamu mesti menghadapkan wajahmu kesitu. Orang orang terdahulu yang menerima kitab tahu yang ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan.