Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:144 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Kami telah melihat wajahmu yang mendungak kelangit (mencari arah yang betul ). Sekarang kami telah serahkan Kiblah yang dapat menggembirakanmu. Dari itu , kamu akan sentiasa menujukan pandanganmu keMasjid Suci. Dimana sahaja kamu berada, kesemuanya diantara kamu mesti menghadapkan wajahmu kesitu. Orang orang terdahulu yang menerima kitab tahu yang ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan.

[2:143] Lantaran itu kami jadikan kaum yang berpengetahuan dan bertanggung jawab supaya mereka dapat berhidmat dan dapat berdiri sabagai saksi dikalangan manusia, dan rasul akan menjadi saksi dikalangan kamu. Kami tukarkan kedudukan Kiblah dari asalnya hanya untuk membezakan siapa diantara kamu yang bersedia mengikut rasul dari kalangan orang orang yang berpaling dari seruannya. Itu adalah satu percubaan yang amat sukar, tapi tidaklah berat bagi orang orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Allah tidak akan mensia siakan ibadatmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kepada hamba hambaNya lagi Maha Penyayang.

[2:145] Walaupun kamu menunjukkan kepada ahli kitab bermacam cara kebesaran Tuhan, mereka tidak akan mahu mengikuti Kiblah kamu. Jangan kamu mengikuti Kiblah mereka. Mereka sendiri tidak mengikuti Kiblah masing masing. Jikalau kamu bersetuju dengan kehendak mereka sesudah ilmu yang telah kamu terima, maka kamu adalah dari golongan orang orang yang ingkar.