Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:145 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Walaupun kamu menunjukkan kepada ahli kitab bermacam cara kebesaran Tuhan, mereka tidak akan mahu mengikuti Kiblah kamu. Jangan kamu mengikuti Kiblah mereka. Mereka sendiri tidak mengikuti Kiblah masing masing. Jikalau kamu bersetuju dengan kehendak mereka sesudah ilmu yang telah kamu terima, maka kamu adalah dari golongan orang orang yang ingkar.

[2:144] Kami telah melihat wajahmu yang mendungak kelangit (mencari arah yang betul ). Sekarang kami telah serahkan Kiblah yang dapat menggembirakanmu. Dari itu , kamu akan sentiasa menujukan pandanganmu keMasjid Suci. Dimana sahaja kamu berada, kesemuanya diantara kamu mesti menghadapkan wajahmu kesitu. Orang orang terdahulu yang menerima kitab tahu yang ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan.

[2:146] Sesiapa yang menerima kitab dari Tuhannya mengetahui akan kebenarannya, sama seperti mereka mengenali anak anak mereka sendiri. Masih juga, ada diantara mereka yang menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya.