Al-Quran 2:227 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Apabila kamu telah mengambil keputusan untuk bercerai, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[2:226] Sesiapa yang ingin menceraikan isteri isteri mereka mesti menunggu selama empat bulan (untuk megamankan keadaan); jika mereka tukar fikiran untuk merujuk kembali, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[2:228] Wanita yang diceraikan mestilah menunggu selama tiga kali perjalanan darah haid (sebelum mengahwini lelaki lain). Adalah kesalahan bagi mereka (isteri isteri) untuk menyembunyikan apa yang Allah ciptakan didalam rahim mereka, jika mereka percaya kepada Allah dan Hari Kemudian. (jika menagandung), kehendak suami akan mengatasi keinginan isteri, jika sekiranya dia mahu mengawininya kembali.Wanita juga mempunyai hak dan juga kewajiban dengan seksamanya. Lantas kehendak suami mengatasinya (jika isteri mengandung). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.