Al-Quran 2:228 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Wanita yang diceraikan mestilah menunggu selama tiga kali perjalanan darah haid (sebelum mengahwini lelaki lain). Adalah kesalahan bagi mereka (isteri isteri) untuk menyembunyikan apa yang Allah ciptakan didalam rahim mereka, jika mereka percaya kepada Allah dan Hari Kemudian. (jika menagandung), kehendak suami akan mengatasi keinginan isteri, jika sekiranya dia mahu mengawininya kembali.Wanita juga mempunyai hak dan juga kewajiban dengan seksamanya. Lantas kehendak suami mengatasinya (jika isteri mengandung). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[2:227] Apabila kamu telah mengambil keputusan untuk bercerai, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[2:229] Penceraian (talaq) hanya boleh ditarik balik dua kali. Wanita yang diceraikan mesti diizinkan tinggal serumah dengan suami dan berlaku adillah terhadapnya, atau lepaskannya dengan cara yang adil. Tidak menjadi kesalahan bagi suami mengambil kembali apa yang telah diberikan kepadanya. Walaupun demikian pasangan ini mungkin merasa takut jika mereka melanggar hukum Allah. Jika mereka takut akan melanggar hukum Allah, mereka tidak melakukan kesalahan jika siisteri memberi kembali dengan rela hati apa yang dia ingin kembalikan. Ini adalah hukum Allah; jangan mengingkarinya. Sesiapa yang melanggar perintah Allah maka mereka itu adalah orang yang zalim.