Al-Quran 2:285 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Rasul telah mempercayai apa apa yang diturunkan oleh Tuhannya , dan begitu juga dengan orang orang yang percaya. Mereka percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab kitabNya, dan para rasulNya: "Kami tidak membeza bezakan bagi sekelian para rasulNya." Mereka berkata. "Kami dengar dan kami ta'at. Tuhan kami, ampunilah kami. KepadaMu sahajalah destini yang terakhir."
[2:284] Kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan dibumi. Sama ada kamu nyatakan apa apa yang tersirat didalam fikiran kamu, ataupun yang dirahsiakan, Allah menuntut akan dipertanggungjawabkannya. Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki, dan juga menghukum sesiapa sahaja dengan kehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
[2:286] Allah tidak pernah membebankan sesuatu roh melebihi kemampuannya: dengan mendapatkan kredit atas perbuatan baik dan mendapatkan keburukan baginya jika dilaksanakannya "Tuhan kami, janganlah hukum kami jika kami terlupa atau membuat kesalahan, Tuhan kami, lindungilah kami dari melakukan dosa terhadapMu, seperti mana yang telah dilakukan oleh orang orang sebelum kami. Tuhan kami, peliharakanlah kami dari melakukan dosa sehingga terlambat untuk kami bertaubat. Ampunilah kami dan maafkanlah kami. Engkaulah Tuhan dan Tuan kami. Berilah kami kemenangan diatas orang orang yang ingkar."