Al-Quran 24:39 — Cahaya (Al-Noor)
Bagi orang orang yang ingkar, kerja kerja mereka itu seumpama maya dipadang pasir. Orang yang kehausan memikirkan yang ianya adalah air. Tetapi setelah dia sampai kepadanya, Dia mendapati tidak ada sesuatu apa pun, dan sebaliknya disana dia menemui Allah, untuk membalas sepenuhnya kerja kerjanya. Sesungguhnya Allah adalah penghitung yang amat cekap.
[24:38] Allah tentu sekali akan memberikan mereka ganjaran kerana kerja kerja baik mereka, dan akan mencucuri mereka dengan limpah kurniaNya. Allah mengadakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan tanpa batasan.
[24:40] Satu lagi aligori ialah seperti berada didalam kegelapan yang amat sangat dipertengahan lautan yang bergelombang, dengan ombak demi ombak, ditambahkan dengan kabus yang tebal. Kegelapan demi kegelapan - jika dia melihat tangannya sendiri, dia hampir hampir tidak dapat melihatnya. Sesiapa yang Allah menghalanginya dari mendapatkan cahaya, tidak akan boleh mendapat cahaya.