Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 24: Cahaya (Al-Noor)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[24:1] Sebuah surah yang kami telah turunkan, dan kami telah mendekrikannya sebagai undang undang. Kami telah turunkan didalamnya revelasi revelasi yang terang, supaya dapat kamu mengambil peringatan.

Perzinaan.

[24:2] Perempuan perempuan dan laki laki yang berzina mestilah kamu sebat setiap dari mereka itu seratus sebatan. Janganlah kamu terbawa bawa dengan merasa belas kasihan untuk menjalani hukuman Allah, jika kamu adalah orang yang benar benar percaya kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah sekumpulan orang orang yang percaya menyaksikan hukuman mereka.

[24:3] Penzina penzina lelaki berakhir dengan mengahwini penzina penzina perempuan ataupun penyembah pujaan, dan penzina penzina perempuan berakhir dengan mengahwini penzina penzina lelaki ataupun penyembah pujaan. Mereka ini dilarang untuk mengahwini orang orang yang percaya.

[24:4] Orang orang yang menuduh wanita wanita yang sudah berkahwin itu berzina, dengan tidak mengadakan empat orang para saksi, kamu mestilah sebat mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah menerima sebarang testimoni dari mereka, mereka itu adalah orang orang yang zalim.

[24:5] Jika mereka bertaubat selepas itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah sajalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[24:6] Bagi orang orang yang menuduh pasangan pasangan sendiri, dengan tidak mempunyai saksi saksi, dan testimoninya boleh diterima jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali yang dia itu berkata benar.

[24:7] Sumpahan yang kelima adalah untuk menerima kutukan dari Allah baginya, jika dia berbohong.

[24:8] Dia (isteri) akan didapati tidak bersalah jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali yang dia (suami) adalah pembohong.

[24:9] Sumpahan kelima adalah untuk mendapat kemurkaan dari Allah terhadap (isteri) jika dia (suami) berkata benar.

[24:10] Ini adalah limpah kurnia Allah dan belas kasih untuk kamu. Sesunguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha Bijaksana.

Bagaimana Hendak Mengatasi Desas Desus Dan Tuduhan Yang Belum Terbukti

[24:11] Sekumpulan dari kamu mengadakan pembohongan yang besar. Jangan difikirkan yang ianya itu tidak baik bagi kamu; sebaliknya, itu adalah baik untuk kamu. Sementara itu, tiap tiap seorang dari mereka akan mendapatkan bahagian dari kesalahan itu. Bagi orang yang menginisiasikan seluruh peristiwa ini, dia telah mendapat hukuman yang dahsyat.

[24:12] Apabila saja kamu mendengarnya, orang orang lelaki yang percaya juga orang orang perempuan yang percaya sepatutnya mempunyai pemikiran yang baik berkenaan diri masing masing, dan sepatutnya berkata, "Ini adalah jelas satu pembohongan yang benar."

[24:13] Hanyalah jika mereka membawa empat orang para saksi (kamu boleh mempercayai mereka). Jika mereka tidak dapat mengadakan para saksi, maka mereka itu, mengikut Allah, para pembohong.

[24:14] Jika tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya didalam dunia ini dan diAkhirat, tentu kamu akan mengalami hukuman yang benar disebabkan peristiwa ini.

[24:15] Kamu mengada adakannya dengan lidah lidah kamu sendiri, dan yang lainnya diantara kamu mengulanginya dengan mulut mulut kamu dengan tidak mempunyai bukti. Kamu kira ianya hanyalah perkara mudah, padahal ianya, mengikut Allah, dosa yang sangat besar.

Apa Mesti Dibuat.

[24:16] Apabila kamu mendengarnya, kamu sepatutnya berkata, "Kami tidak akan mengulangi ini. Maha Suci Engkau. Ini adalah penipuan yang besar."

[24:17] Allah menegur kamu supaya jangan kamu mengulanginya lagi, jika kamu adalah orang orang percaya.

[24:18] Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[24:19] Orang orang yang suka melihat ketidak kebaikan merebak diantara orang orang yang percaya telah menerima hukuman yang menyakitkan didunia ini dan juga diAkhirat. Sesungguhnya Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahui.

[24:20] Allah telah mencucuri kamu dengan limpah kurnia dan belas kasihNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.

Syaitan Menggalakkan Tuduhan Yang Tidak Berasas.

[24:21] Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[24:22] Sesiapa dari kamu yang telah dirahmati dengan harta dan kekayaan mestilah menjadi dermawan terhadap saudara mara mereka, orang orang miskin, dan orang orang yang berhijrah kerana Allah. Mereka mestilah melayani mereka itu dengan baik dengan bersifat toleransi; tidakkah kamu suka untuk mendapatkan pengampunan dari Allah? Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dosa Besar.

[24:23] Tentu sekali, orang orang yang membuat tuduhan palsu kepada wanita wanita yang sudah berkahwin yang percaya lagi bertakwah telah menerima kutukkan dikehidupan ini dan diAkhirat; mereka akan menerima hukuman yang amat sangat azabnya.

[24:24] Harinya akan tiba apabila lidah lidah, tangan tangan dan kaki kaki mereka sendiri akan menjadi saksi diatas segala gala yang mereka telah lakukan.

[24:25] Pada hari itu, Allah akan membalas dengan secukupnya diatas kerja kerja mereka, dan mereka akan dapati yang Allah adalah Benar.

[24:26] Wanita wanita yang tidak baik untuk lelaki lelaki yang tidak baik, dan lelaki lelaki yang tidak baik untuk wanita wanita yang tidak baik, dan wanita wanita yang baik untuk lelaki lelaki yang baik, dan lelaki lelaki yang baik untuk wanita wanita yang baik. Mereka yang baik akan terselamat dari tuduhan yang demikian. Mereka akan mendapat pengampunan dan ganjaran yang mewah.

Etiket Yang Suci

[24:27] Wahai kamu yang percaya, janganlah memasuki rumah rumah selain dari rumah kamu dengan tidak mendapat kebenaran dari penghuni penghuninya, dan dengan tidak memberi salam kepada mereka. Ini adalah baik untuk kamu, supaya dapat kamu merenungkan.

[24:28] Jika kamu tidak mendapat sesiapa didalamnya, janganlah masuk didalamnya sehingga kamu mendapat keizinan. Jika kamu diberitahu, "Pulanglah," kamu mesti pulang. Ini lebih suci bagi kamu. Sesungguhnya, Allah amat perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.

[24:29] Kamu tidak melakukan kesalahan dengan memasuki rumah rumah tanpa penghuni yang mana disana ada sesuatu kepunyaan kamu. Sesungguhnya, Allah tahu apa yang kamu nyatakan, dan segala apa yang kamu rahsiakan.

Cara berpakaian Untuk Orang Orang Yang Percaya

[24:30] Beritahukan kepada lelaki lelaki yang percaya yang mereka itu mestilah menahan mata mata mereka (jangan merenung wanita wanita), dan berterusan menjaga kesucian mereka. Ini lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang mereka lakukan.

[24:31] Dan beritahukanlah kepada wanita wanita yang percaya supaya menahan mata mata mereka, dan berterusan menjaga kesucian mereka. Mereka tidak sepatutnya menampakkan sebarang bahagian tubuh tubuh mereka, melainkan mana yang perlu. Mereka mestilah menutup dada dada mereka, dan janganlah melepas pakaian ini melainkan berhadapan dengan suami suami mereka, bapa bapa, bapa bapa mertua mereka, anak anak lelaki mereka, anak anak lelaki suami suami mereka, adik beradik lelaki mereka, anak anak lelaki suadara saudara lelaki mereka, anak anak lelaki saudara saudara perempuan mereka, wanita wanita lainnya, pembantu pembantu lelaki ataupun pekerja pekerja yang keinginan seknya telah tiada lagi, ataupun anak anak yang belum baligh. Janganlah mereka menghentakkan kaki kaki mereka apabila mereka berjalan untuk menggerakkan dan menunjukkan sesuatu perincian pada tubuh tubuh mereka. Semuanya kamu mestilah bertaubat kepada Allah, wahai kamu yang percaya, supaya kamu mendapat kejayaan.

Menggalakkan Perkahwinan Untuk Mencegah Dari Tidak Bermoral

[24:32] Kamu mestilah menggalakkan sesiapa jua dari kamu yang bersendirian supaya bernikah. Mereka bolehlah berkahwin dengan orang orang yang benar diantara pembantu pembantu kamu yang lelaki dan perempuan, jika mereka itu miskin. Allah akan memberikan mereka keluasan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.

[24:33] Orang orang yang tidak ada kemampuan untuk berkahwin mestilah memeliharakan akhlaknya sehingga Allah mengadakan untuk mereka itu dari limpah kurniaNya. Sesiapa diantara pembantu pembantu kamu yang inginkan kebebasan untuk berkahwin, kamu mestilah memenuhi keinginan mereka, sesudah kamu dapati yang mereka itu jujur. Dan berikanlah kepada mereka wang dari Allah yang Dia telah dikurniakan kepada kamu. Kamu tidak boleh memaksa perempuan perempuan kamu mengkomitkan pelacuran, demi untuk mencari kebendaan didunia ini, jika mereka itu berkeinginan untuk menyucikan diri. Jika sesiapa yang memaksakan mereka itu, maka Allah, melihat mereka itu dipaksa, yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[24:34] Kami telah turunkan kepada kamu revelasi revelasi yang jelas, dan tauladan dari generasi generasi yang terdahulu, dan kesedaran bagi orang orang yang benar.

Allah

[24:35] Allah adalah cahaya bagi sekelian cekrawala dan bumi. Aligori bagi cahayaNya itu adalah seperti cermin yang berbentuk kanta cekung dibelakang lampu yang ditaruh kedalam bekas dari kaca. Bekas kaca itu terang bercahaya seumpama mutiara - bintang yang terang. Minyak didalamnya adalah datang dari pokok - yang mengeluarkan minyak yang telah dirahmati, tidak dari timur ataupun barat. Minyaknya hampir mempunyai pancaran cahaya yang tersendiri; tidak memerlukan api untuk menyalakannya. Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahayaNya sesiapa saja yang menghendaki (untuk dibimbing). Allah lantas memberikan ibarat ibarat untuk manusia. Sesungguhnya Allah amat sedar akan setiap sesuatu.

[24:36] (Bimbingan Allah dapat dijumpa) dirumah rumah yang diberikan kedudukkan yang tinggi oleh Allah, kerana didalamnya namaNya sentiasa diingati, memujiNya didalamnya, siang dan malam-

Orang Orang Yang Sentiasa Ke-Masjid

[24:37] Orang orang yang tidak dilalaikan dengan perniagaan ataupun jual beli dari mengingati Allah; Mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan mereka sedar akan harinya apabila minda minda dan mata mata akan menjadi terperanjat.

[24:38] Allah tentu sekali akan memberikan mereka ganjaran kerana kerja kerja baik mereka, dan akan mencucuri mereka dengan limpah kurniaNya. Allah mengadakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan tanpa batasan.

Mengejar Sebuah Khayalan

[24:39] Bagi orang orang yang ingkar, kerja kerja mereka itu seumpama maya dipadang pasir. Orang yang kehausan memikirkan yang ianya adalah air. Tetapi setelah dia sampai kepadanya, Dia mendapati tidak ada sesuatu apa pun, dan sebaliknya disana dia menemui Allah, untuk membalas sepenuhnya kerja kerjanya. Sesungguhnya Allah adalah penghitung yang amat cekap.

Menjauhi Diri Dari Allah Akan Menghadapi Kegelapan Sepenuhnya

[24:40] Satu lagi aligori ialah seperti berada didalam kegelapan yang amat sangat dipertengahan lautan yang bergelombang, dengan ombak demi ombak, ditambahkan dengan kabus yang tebal. Kegelapan demi kegelapan - jika dia melihat tangannya sendiri, dia hampir hampir tidak dapat melihatnya. Sesiapa yang Allah menghalanginya dari mendapatkan cahaya, tidak akan boleh mendapat cahaya.

[24:41] Tidakkah kamu sedar yang semuanya disekelian cekrawala dan dibumi mengagung agungkan Allah, begitu juga dengan burung burung apabila ianya terbang didalam barisan? Masing masing tahu penyembahannya dan cara pemujiannya. Sesungguhnya, Allah amat sedar sepenuhnya setiap apa saja yang mereka lakukan.

[24:42] Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan kepada Allah sajalah destini yang terakhir.

[24:43] Tidakkah kamu sedar bahwa Allah yang menjalankan awan awan, kemudian dikumpulkan kesemuanya, bersama dan dilonggokkan semuanya itu dengan yang lain, maka kamu dapat menyaksikan yang hujan keluar daripadanya? Dia turunkan dari langit timbunan salju untuk menutupi siapa saja yang dikehendakiNya, sementara memalingkannya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Terangnya salju itu hampir hampir membutakan mata.

[24:44] Allah yang menguasai malam dan siang. Ini sepatutnya menjadi pelajaran bagi orang orang yang mempunyai pemandangan.

[24:45] Dan Allah menciptakan setiap tiap makhluk yang hidup dari air. Ada yang berjalan menggunakan perut perut mereka, ada yang berjalan dengan dua kaki, dan ada yang berjalan dengan empat. Allah mencipta apa saja yang dikehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

[24:46] Kami telah turunkan kepada kamu revelasi revelasi yang jelas, kemudian Allah membimbing sesiapa saja yang berkehendakan untuk menuju kejalan yang lurus.

Allah Memberi Arahan Melalui RasulNya

[24:47] Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah dan kepada rasul, dan kami ta'at," tetapi selepas itu ada yang mengundur kebelakang. Mereka ini bukanlah orang orang yang percaya.

[24:48] Apabila mereka itu diundang kepada Allah dan rasulNya untuk menghakimkan diantara mereka, ada dari mereka yang tidak suka.

[24:49] Walau bagaimanapun, jika keputusan itu menyebelahi mereka, mereka bersedia untuk menerimanya!

[24:50] Adakah dihati hati mereka itu berpenyakit? Adakah mereka dalam keraguan? Adakah mereka takut yang Allah dan rasulNya akan melayani mereka dengan ketidak adilan? Sebenarnya, mereka itulah yang tidak adil.

Orang Orang Yang Percaya Tidak Teragak agak Untuk Menta'ati Allah Dan RasulNya

[24:51] Tiada lain ucapan orang orang yang percaya itu, apabila diundang kepada Allah dan rasulNya untuk mengadili dalam masaalah mereka, adalah dengan berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Mereka inilah orang orang yang berjaya.

[24:52] Orang orang yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, dan memuliakan Allah dan bertakwah kepadaNya, maka orang orang inilah yang mendapat kemenangan.

[24:53] Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika kau memerintahkan mereka supaya bersiap sedia, mereka akan bersiap sedia. Katakanlah, "Janganlah bersumpah. Keta'atan adalah satu kewajiban. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin segala apa yang kamu lakukan."

[24:54] Katakanlah, "Ta'atilah Allah dan ta'atilah rasul." Jika mereka menolak, maka dialah yang bertanggungjawab terhadap kewajiban kewajibannya, dan kamu bertanggungjawab diatas kewajiban kewajiban kamu. Jika kamu menta'atinya, kamu akan mendapat bimbingan. Kewajiban yang utama bagi rasul adalah untuk menyampaikan (mesej).

Allah Janjikan Raja Raja Dan Permaisuri Permaisuri Dibumi

[24:55] Allah menjanjikan kepada orang orang percaya diantara kamu yang menjalani kehidupan yang benar, Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka itu dibumi, sebagaimana yang telah diberikan kepada orang orang yang sebelum mereka, dan akan memantapkan agama yang telah dipilihkan olehNya untuk mereka, dan akan menggantikan dengan keamanan dan keselamatan keatas mereka sesudah ketakutan. Semuanya ini kerana mereka itu menyembah Aku sahaja; mereka tidak akan mengadakan sebarang pujaan pujaan disampingKu. Sesiapa yang ingkar sesudah ini adalah orang orang yang benar benar zalim.

Formula Untuk Kejayaan

[24:56] Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat), dan menta'ati rasul, supaya kamu mendapat belas kasih.

[24:57] Janganlah berfikir bahwa orang orang yang ingkar itu akan dapat terlepas darinya. Tempat tinggal mereka yang terakhir adalah Neraka; betapa azabnya destini.

Etiket Dua Waktu Sembahyang Dinamakan

[24:58] Wahai kamu yang percaya, keizinan mestilah diminta oleh pembantu pembantu dan anak anak kamu yang belum lagi baligh (sebelum memasuki bilik bilik kamu). Ini mestilah dilakukan pada tiga waktu- sebelum Sembahyang Fajar, pada waktu tengah hari apabila kamu menukar pakaian untuk berehat, dan selepas Sembahyang Isyak. Ini adalah tiga masa peribadi bagi kamu. Pada masa yang lain, tidaklah salah bagi kamu ataupun mereka untuk bergaul sesesama sendiri. Allah telah menerangkan revelasi revelasi untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[24:59] Apabila saja anak anak sudah baligh, mereka mestilah meminta keizinan (sebelum masuk) seperti orang orang dewasa sebelum mereka yang telah meminta keizinan (sebelum masuk). Lantas Allah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kamu Mestilah Berpakaian Sebaik Baiknya

[24:60] Wanita wanita tua yang tidak ada keinginan untuk berkahwin tidaklah komit kesalahan dengan melonggarkan cara adab pakaian mereka, asalkan mereka tidak menunjukkan tubuh tubuh mereka dengan berketerlaluan. Untuk mengekalkan dengan berpakaian sederhana adalah baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pastikan Makanan Kamu Itu Halal

[24:61] Sibuta tidak boleh dipersalahkan, yang pincang tidak juga dipersalahkan, tidak juga yang cacat boleh disalahkan, begitu juga kamu tidaklah bersalah kerana memakan dirumah rumah kamu, ataupun rumah rumah bapa bapa kamu ataupun dirumah rumah ibu ibu kamu, ataupun dirumah rumah adik beradik lelaki kamu ataupun dirumah rumah adik beradik perempuan kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki bapa kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan bapa kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki ibu kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan ibu kamu ataupun rumah rumah yang dimiliki oleh kamu dan kamu mempunyai kunci kuncinya, ataupun dirumah rumah kawan kawanmu. Kamu tidak komit kesalahan dengan memakan bersama ataupun bersendirian. Apabila kamu memasuki sebarang rumah, kamu mestilah memberi salam diantara kamu dengan ucapan yang Allah rahmati dan baik. Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu, supaya kamu dapat memahami.

[24:62] Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya, dan apabila mereka bersama samanya dalam mesyuarat komuniti, mereka tidak meninggalkannya dengan tidak meminta keizinan. Orang orang yang meminta kebenaran adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya. Jika mereka memintakan keizinan, oleh kerana menguruskan urusan mereka, kau bolehlah memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang kamu kehendaki, dan pohonkanlah pengampunan bagi mereka dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[24:63] Janganlah memperlakukan permintaan rasul sepertimana kamu memperlakukan permintaan permintaan sesama kamu. Allah amat sedar akan orang orang diantara kamu yang menyelinap keluar dengan menggunakan alasan alasan yang tidak benar. Hendaklah mereka berjaga jaga - orang orang yang tidak menta'ati perintah perintahnya - kerana mala petaka akan menimpa mereka, ataupun hukuman yang dahsyat.

[24:64] Tentu sekali, kepunyaan Allah segala yang berada disekelian cekrawala dan bumi. Dia amat ketahui setiap keadaan yang kamu alami. Dihari yang kamu akan dipulangkan kepadaNya, Dia akan memberitahukan segala apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.