Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 24:61 — Cahaya (Al-Noor)

Sibuta tidak boleh dipersalahkan, yang pincang tidak juga dipersalahkan, tidak juga yang cacat boleh disalahkan, begitu juga kamu tidaklah bersalah kerana memakan dirumah rumah kamu, ataupun rumah rumah bapa bapa kamu ataupun dirumah rumah ibu ibu kamu, ataupun dirumah rumah adik beradik lelaki kamu ataupun dirumah rumah adik beradik perempuan kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki bapa kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan bapa kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki ibu kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan ibu kamu ataupun rumah rumah yang dimiliki oleh kamu dan kamu mempunyai kunci kuncinya, ataupun dirumah rumah kawan kawanmu. Kamu tidak komit kesalahan dengan memakan bersama ataupun bersendirian. Apabila kamu memasuki sebarang rumah, kamu mestilah memberi salam diantara kamu dengan ucapan yang Allah rahmati dan baik. Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu, supaya kamu dapat memahami.

[24:60] Wanita wanita tua yang tidak ada keinginan untuk berkahwin tidaklah komit kesalahan dengan melonggarkan cara adab pakaian mereka, asalkan mereka tidak menunjukkan tubuh tubuh mereka dengan berketerlaluan. Untuk mengekalkan dengan berpakaian sederhana adalah baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[24:62] Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya, dan apabila mereka bersama samanya dalam mesyuarat komuniti, mereka tidak meninggalkannya dengan tidak meminta keizinan. Orang orang yang meminta kebenaran adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya. Jika mereka memintakan keizinan, oleh kerana menguruskan urusan mereka, kau bolehlah memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang kamu kehendaki, dan pohonkanlah pengampunan bagi mereka dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.