Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 24:62 — Cahaya (Al-Noor)

Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya, dan apabila mereka bersama samanya dalam mesyuarat komuniti, mereka tidak meninggalkannya dengan tidak meminta keizinan. Orang orang yang meminta kebenaran adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya. Jika mereka memintakan keizinan, oleh kerana menguruskan urusan mereka, kau bolehlah memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang kamu kehendaki, dan pohonkanlah pengampunan bagi mereka dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[24:61] Sibuta tidak boleh dipersalahkan, yang pincang tidak juga dipersalahkan, tidak juga yang cacat boleh disalahkan, begitu juga kamu tidaklah bersalah kerana memakan dirumah rumah kamu, ataupun rumah rumah bapa bapa kamu ataupun dirumah rumah ibu ibu kamu, ataupun dirumah rumah adik beradik lelaki kamu ataupun dirumah rumah adik beradik perempuan kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki bapa kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan bapa kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki ibu kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan ibu kamu ataupun rumah rumah yang dimiliki oleh kamu dan kamu mempunyai kunci kuncinya, ataupun dirumah rumah kawan kawanmu. Kamu tidak komit kesalahan dengan memakan bersama ataupun bersendirian. Apabila kamu memasuki sebarang rumah, kamu mestilah memberi salam diantara kamu dengan ucapan yang Allah rahmati dan baik. Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu, supaya kamu dapat memahami.

[24:63] Janganlah memperlakukan permintaan rasul sepertimana kamu memperlakukan permintaan permintaan sesama kamu. Allah amat sedar akan orang orang diantara kamu yang menyelinap keluar dengan menggunakan alasan alasan yang tidak benar. Hendaklah mereka berjaga jaga - orang orang yang tidak menta'ati perintah perintahnya - kerana mala petaka akan menimpa mereka, ataupun hukuman yang dahsyat.