Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 24:63 — Cahaya (Al-Noor)

Janganlah memperlakukan permintaan rasul sepertimana kamu memperlakukan permintaan permintaan sesama kamu. Allah amat sedar akan orang orang diantara kamu yang menyelinap keluar dengan menggunakan alasan alasan yang tidak benar. Hendaklah mereka berjaga jaga - orang orang yang tidak menta'ati perintah perintahnya - kerana mala petaka akan menimpa mereka, ataupun hukuman yang dahsyat.

[24:62] Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya, dan apabila mereka bersama samanya dalam mesyuarat komuniti, mereka tidak meninggalkannya dengan tidak meminta keizinan. Orang orang yang meminta kebenaran adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya. Jika mereka memintakan keizinan, oleh kerana menguruskan urusan mereka, kau bolehlah memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang kamu kehendaki, dan pohonkanlah pengampunan bagi mereka dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[24:64] Tentu sekali, kepunyaan Allah segala yang berada disekelian cekrawala dan bumi. Dia amat ketahui setiap keadaan yang kamu alami. Dihari yang kamu akan dipulangkan kepadaNya, Dia akan memberitahukan segala apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.