Al-Quran 24:22 — Cahaya (Al-Noor)
Sesiapa dari kamu yang telah dirahmati dengan harta dan kekayaan mestilah menjadi dermawan terhadap saudara mara mereka, orang orang miskin, dan orang orang yang berhijrah kerana Allah. Mereka mestilah melayani mereka itu dengan baik dengan bersifat toleransi; tidakkah kamu suka untuk mendapatkan pengampunan dari Allah? Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[24:21] Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[24:23] Tentu sekali, orang orang yang membuat tuduhan palsu kepada wanita wanita yang sudah berkahwin yang percaya lagi bertakwah telah menerima kutukkan dikehidupan ini dan diAkhirat; mereka akan menerima hukuman yang amat sangat azabnya.