Al-Quran 24:21 — Cahaya (Al-Noor)
Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[24:20] Allah telah mencucuri kamu dengan limpah kurnia dan belas kasihNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.
[24:22] Sesiapa dari kamu yang telah dirahmati dengan harta dan kekayaan mestilah menjadi dermawan terhadap saudara mara mereka, orang orang miskin, dan orang orang yang berhijrah kerana Allah. Mereka mestilah melayani mereka itu dengan baik dengan bersifat toleransi; tidakkah kamu suka untuk mendapatkan pengampunan dari Allah? Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.