Surah 25: Buku Perundangan (Al-Furqan)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[25:1] Maha Merahmati adalah Yang Esa yang menurunkan Buku Perundangan kepada hambaNya, supaya dapat dia berkhidmat sebagai pemberi amaran kepada seluruh dunia.
[25:2] Yang Esa yang mempunyai segala kedaulatan disekelian cekrawala dan bumi. Dia tidak pernah mempunyai seorang anak lelaki, dan tidak juga Dia berpasangan didalam kedaulatan. Dia menciptakan segalanya dengan perukuran yang tepat; Dia membentukkan kesemuanya itu dengan tepat.
[25:3] Namun demikian, mereka mengadakan disamping Dia tuhan tuhan yang tidak boleh mencipta satu apa pun - sebaliknya mereka sendiri yang diciptakan - dan tidak ada kuasa untuk memudharatkan ataupun memanfaatkan diri diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan, ataupun kematian, ataupun kebangkitan.
Orang orang Yang Ingkar Disangkal oleh Kod Matematika Dalam Quran
[25:4] Orang orang yang ingkar itu berkata, "Ini adalah satu kepalsuan yang dia ada adakan, dengan pertolongan dari beberapa orang lainnya." Mereka telah mengatakan suatu kekufuran dan kepalsuan.
[25:5] Mereka juga berkata, "Cerita cerita yang dahulu yang dia telah tuliskannya; mereka telah mengimlakkan kepadanya siang dan malam."
[25:6] Katakanlah, "Ini telah diturunkan oleh yang Esa yang mengetahui segala rahsia disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Kebiasaan Percakapan Orang Orang Yang Ingkar.
[25:7] Dan mereka berkata, "Mana mungkin rasul ini memakan makanan dan berjalan jalan dipasar? Jikalau malaikat dapat turun bersamanya, untuk berkhidmat dengannya sebagai pendakwah!"
[25:8] Ataupun, "Jika harta karun dapat diberikan kepadanya!" Ataupun, "Jika dia dapat mempunyai kebun buah buahan yang mana dia dapat memakan!" Orang orang yang melampaui batas juga berkata, "Kamu mengikuti lelaki yang telah terkena magik."
[25:9] Perhatikanlah, bagaimana mereka memanggilmu bermacam gaya nama nama, dan bagaimana dengan ini telah membawa mereka kepada kesesatan, yang mereka tidak akan dapat mencari jalan untuk pulang kembali.
[25:10] Maha Merahmati adalah yang Esa yang jika dikehendakiNya, boleh memberikan kamu lebih baik dari permintaan permintaan mereka - taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir, dan banyak rumah rumah yang besar.
Sebab Yang Sebenar
[25:11] Sebenarnya, mereka telah mengingkari Waktu (Hari Kebangkitan), dan kami telah sediakan orang orang yang ingkarkan Waktu itu dengan Neraka yang menyala.
Balasan Untuk Orang Orang Yang Ingkar
[25:12] Apabila ianya melihat mereka dari jauh, mereka akan mendengar kemaraan dan kepanasannya.
[25:13] Dan apabila dicampakkan mereka itu kedalamnya, melalui tempat yang sempit, dalam keadaan dibelenggukan keseluruhannya, mereka akan melafazkan kekesalan.
[25:14] Kamu tidak akan melafazkan dengan satu penyesalan saja, pada hari itu; malahan kamu akan menderita dengan penyesalan yang amat banyak.
Ganjaran Bagi Orang Orang Yang Benar
[25:15] Katakanlah, "Adakah ini baik ataupun Syurga yang abadi yang telah dijanjikan untuk orang orang yang benar? Itu adalah ganjaran yang paling patut bagi mereka; sebuah destini yang cukup sempurna."
[25:16] Mereka akan mendapat segala apa yang mereka inginkan didalamnya, buat selama lamanya. Ini adalah perjanjian Tuhan kamu yang tidak boleh ditarik balik.
[25:17] Pada hari itu apabila Dia menghimpunkan mereka, bersama sama dengan pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah, Dia akan berkata, "Adakah kamu menyesatkan hamba hambaKu ini, ataupun mereka telah menyesatkan diri diri mereka sendiri?"
[25:18] Mereka akan berkata, "Maha Suci bagiMu, tidaklah patut bagi kami untuk mengada adakan sebarang tuhan tuhan disampingMu. Tetapi Engkau membiarkan mereka bergembira, bersama sama dengan ibu bapa ibu bapa mereka. Akibatnya, mereka tidak perdulikan mesej lantas menjadi orang orang yang zalim."
[25:19] Mereka telah mengingkari mesej yang kau telah berikan kepada mereka, akibatnya, kau tidak akan dapat melindungi mereka dari hukuman yang dikenakan kepada mereka, tidak juga dapat kau menolongi mereka dengan apa jua cara sekalipun. Sesiapa saja diantara kamu yang komit kejahatan, kami akan komitkan dia kepada azab yang dahsyat.
Para Rasul Adalah Manusia Biasa
[25:20] Kami tidak menghantar para rasul sebelummu yang tidak makan makanan dan berjalan dipasar pasar. Lantas kami mencuba kamu sesama sendiri; bolehkah kamu sabar dan tabah hati? Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Melihat.
[25:21] Orang orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan kami itu berkata, "Kalaulah sekiranya dapat para malaikat turun kepada kita, ataupun dapat kita melihat Tuhan kita (barulah kami akan percaya)!" Sesungguhnya, mereka telah komit kesombongan yang besar, dan telah mengadakan kekufuran yang amat besar.
[25:22] Dihari mereka melihat para malaikat, itu tidak akan menjadi berita yang baik bagi orang orang yang bersalah; mereka akan berkata, "Sekarang, kami telah terperangkap dan tidak akan dapat terlepas lagi."
[25:23] Kami akan melihat segala kerja kerja yang telah mereka lakukan, dan menjadikannya terbatal dan tidak bernilai.
[25:24] Penghuni penghuni Syurga berkeadaan lebih baik lagi pada hari itu; mereka akan mendengar berita berita yang baik baik.
[25:25] Langit akan berpecah belah, kepada timbunan awan awan, dan para malaikat akan turun dengan beramai ramai.
[25:26] Segala kedaulatan pada hari itu adalah kepunyaan yang Maha Pengasih. Bagi orang orang yang ingkar, itu adalah hari yang amat payah.
Rasul Allah Yang Dijanjikan
[25:27] Harinya akan tiba apabila orang orang yang melampaui batas akan menggigitkan tangan tangan mereka (kerana berdukacita) dan berkata, "Malang sungguh, kalaulah sekiranya dulu aku mengikuti jalan bersama rasul.
[25:28] "Malang sungguh, sengsaralah diriku, kiranya kalau aku tidak mengambil orang itu sebagai kawan.
[25:29] "Dia telah membawaku jauh dari mesej sesudah ianya datang kepadaku. Sesungguhnya, syaitan itu telah menghampakan manusia."
[25:30] Rasul berkata, "Tuhanku orang orangku telah mengabaikan Quran ini."
[25:31] Kami juga telah mengadakan penentang bagi setiap nabi iaitu musuh musuh dari kalangan mereka yang bersalah. Cukuplah Tuhan kamu saja sebagai pembimbing, dan sebagai tuan.
[25:32] Orang orang yang ingkar itu berkata, "Kenapa tidak Quran ini datang melaluinya keseluruhannya sekali?" Kami telah memberikannya kepadamu beransur ansur, demi untuk menanamkannya didalam ingatanmu. Kami telah membacakannya menurut rangkaian yang telah ditetapkan.
Bukti Kenyatan Dari Allah Sungguh Menyeluruh
[25:33] Apa saja perbahasan yang mereka kemukakan, kami akan memberimu dengan kebenaran, dan kefahaman yang lebih baik.
[25:34] Mereka dihimpunkan secara paksa keNeraka, adalah didalam kedudukan yang paling buruk; mereka itu paling jauh sekali dari jalan yang benar.
[25:35] Kami telah berikan kepada Musa sebuah kitab, dan mengangkat saudaranya Harun menjadi pembantunya.
[25:36] Kami berkata, "Pergilah, kamu berdua, kepada kaum yang mengingkari revelasi revelasi kami," dan kemudiannya, kami hapuskan orang orang yang ingkar itu sama sekali.
[25:37] Begitu juga, apabila kaum Nuh mengingkari para rasul, kami tenggelamkan mereka, dan kami jadikan mereka sebagai suatu tanda untuk manusia. Kami telah sediakan untuk orang orang yang melampaui batas itu dengan azab yang menyakitkan.
[25:38] Dan juga 'Ad, Thamud, dan penduduk penduduk Al-Rass, dan banyak lagi generasi generasi diantara mereka.
[25:39] Bagi setiap kumpulan ini, kami telah berikan contoh contoh yang cukup, sebelum kami hapuskan mereka.
[25:40] Mereka telah pun melalui komuniti yang telah kami hujani dengan keazaban (Sodom). Tidak dapatkah mereka melihatnya? Sebenarnya, mereka tidak pernah percaya kepada kebangkitan.
Para rasul Di-Cemuh
[25:41] Apabila mereka melihatmu, mereka sentiasa mengejek ejekkanmu: "Adakah ini orangnya yang dipilih oleh Allah sebagai rasul?
[25:42] "Dia hampir hampir memalingkan kita dari tuhan tuhan kita, seandainya kalau kita sabar dan tabah hati terhadap mereka." Tentu sekali mereka akan ketahui, apabila mereka menyaksikan siksaan, siapakah yang sebenarnya yang telah tersesat jalan.
Ego Sebagai Tuhan
[25:43] Dapatkah kamu melihat seseorang yang tuhannya adalah egonya? Mahukah kamu menjadi pembelanya?
[25:44] Adakah kamu berfikir yang ramai dari mereka itu mendengarkan, ataupun faham? Mereka serupa seperti binatang; tidak, bahkan mereka lebih buruk lagi.
Rahmat Dari Allah Tidak Terbatas
[25:45] Tidakkah kamu melihat bagaimanakah Tuhan kamu telah merekakan bayang bayang? Jika Dia kehendaki, Dia pasti dapat menjadikannya tetap, dimana kami akan merekakan matahari dengan sewajarnya.
[25:46] Tetapi kami merekakannya supaya bergerak pelahan lahan.
[25:47] Dia Sahajalah yang telah merekakan malam menjadi suatu tutupan, untuk kamu tidur dan berehat dan Dia jadikan siang hari bagaikan bangkitan.
[25:48] Dia Sahajalah yang menghantarkan angin angin membawa pertanda yang baik dari belas kasihNya, dan kami turunkan dari langit air yang bersih dan asli.
[25:49] Dengannya, kami hidupkan tanah tanah yang mati, dan memberikan minuman kepada ciptaan kami - keseluruhan binatang dan juga manusia.
[25:50] Kami telah membahagi bahagikannya diantara mereka dengan ukuran yang tepat, supaya mereka dapat merenungkannya. Tetapi kebanyakan dari manusia itu berkeras dengan keingkarannya.
[25:51] Jika kami kehendaki, kami tentu boleh menghantarkan kepada setiap komuniti pemberi amaran.
[25:52] Dari itu, janganlah menta'ati orang orang yang ingkar, dan berjuanglah dengan ini bagi menentang mereka, dengan perjuangan yang besar.
[25:53] Dia Sahajalah yang ketemukan dua lautan yang menyegarkan; satu adalah bersih lagi enak rasanya, sementara yang satunya lagi masin dan tidak boleh diminum. Dialah yang memisahkan keduanya dengan kuasa yang penuh kekaguman, dengan ketentuan sekatannya yang tidak boleh dicabuli (penyejatan).
[25:54] Dia Sahajalah yang menciptakan dari air seorang manusia, kemudian menjadikannya membiak melalui persetubuhan dan melalui sesuatu pencampuran. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Berkuasa.
[25:55] Namun demikian, masih juga mereka ini memuja muja pujaan pujaan disamping Allah yang tidak boleh memanfaatkan mereka, dan tidak juga boleh memudharatkan mereka. Sesungguhnya, orang orang yang ingkar itu adalah musuh Tuhannya.
[25:56] Kami telah menghantarmu (Rashad) sebagai pemberitahu berita berita yang baik, begitu juga sebagai pemberi amaran.
[25:57] Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang wang pembayaran. Apa yang aku inginkan hanyalah untuk menolong kamu mencari jalan yang benar menuju kepada Tuhan kamu, jika inilah apa yang kamu pilih."
Para Nabi Dan Wali Telah Wafat
[25:58] Kamu mestilah letakkan kepercayaan kamu kepada yang Esa yang Hidup - yang Esa yang tidak akan mati - dan pujilah Dia dan agungkanlah Dia. Sesungguhnya, Dialah yang amat Perihatin akan dosa dosa makhlukNya.
[25:59] Dia Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara keduanya, selama enam hari, dan menguasai kesemua autoriti. Yang Maha Pengasih; tanyalah berkenaanNya kepada orang orang yang penuh dengan ilmu pengetahuan.
Manusia Yang Tidak Tahu Bersyukur
[25:60] Apabila mereka disuruh, "Jatuh sujud kepada yang Maha Pengasih," mereka berkata, "Apa itu yang Maha Pengasih? Mestikah kami sujud kepada apa yang kamu cadangkan?" Lantas, itu hanyalah menambahkan kebencian mereka.
[25:61] Maha Merahmati adalah yang Esa yang menempatkan kumpulan buruj buruj dilangit, dan diletakkan didalamnya lampu, dan bulan yang bersinar.
[25:62] Dia Sahajalah yang membuatkan malam dan siang hari silang berganti: ini cukuplah sebagai bukti bagi orang orang yang ingin merenungkannya, ataupun bersyukur.
Sifat Sifat Orang Orang Yang Benar
[25:63] Penyembah penyembah bagi Maha Pengasih adalah mereka mereka yang berjalan dimuka bumi dengan merendahkan diri, dan apabila orang orang yang jahil bercakap kepada mereka, mereka hanyalah mengucapkan perkataan salam yang mententeramkan.
[25:64] Bersendirian diwaktu malam, mereka bertafakkur kepada Tuhan mereka, dan jatuh sujud.
[25:65] Dan mereka berkata, "Tuhan kami, selamatkanlah kami dari azab Neraka; yang siksaannya amatlah dahsyat sekali."
[25:66] "Ianya adalah tempat tinggal yang paling buruk; dan destini yang paling buruk sekali."
[25:67] Apabila mereka memberi mereka tidaklah membazir ataupun lokek; mereka memberi dengan kesederhanaan.
[25:68] Mereka tidak pernah bermohon disamping Allah tuhan yang lain, dan mereka tidak pernah membunuh sesiapa pun - kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci - melainkan dengan keadilan. Tidak pernah melakukan zina. Sesiapa yang komit kesalahan kesalahan yang sedemikian mestilah membayarnya.
[25:69] Hukumannya digandakan pada Hari Kebangkitan kelak, dan mereka tinggal didalamnya dengan penuh kehinaan.
[25:70] Dikecualikan adalah orang orang yang bertaubat, percaya, dan menjalani kehidupan yang benar. Allah tukarkan dosa dosa mereka dengan kredit kredit. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[25:71] Orang orang yang bertaubat dan menjalani kehidupan yang benar, Allah membersihkan mereka dengan sepenuh pembersihan.
Tambahan Bagi Sifat Sifat Orang Orang Yang Benar
[25:72] Mereka tidak akan memberi kesaksian yang palsu. Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka tidak mengendahkannya.
[25:73] Apabila diingatkan dengan revelasi revelasi dari Tuhan mereka, mereka tidak pernah berkelakuan seolah olah mereka itu pekak dan buta.
[25:74] Dan mereka berkata, "Tuhan kami, jadikanlah pasangan pasangan dan anak anak kami ini sumber kegembiraan bagi kami, dan tempatkanlah kami dihadapan sebagai orang orang yang salih."
[25:75] Inilah orang orangnya yang mendapat Syurga sebagai pembalasan diatas kesabaran mereka; mereka akan mendapat didalamnya sambutan yang penuh dengan kegembiraan dan kedamaian.
[25:76] Mereka akan berada didalamnya buat selama lamanya; betapa indahnya destini; betapa indahnya tempat tinggal.
[25:77] Katakanlah, "Kamu mendapat penghargaan dari Tuhanku hanyalah melalui penyembahan kamu. Tetapi jika kamu ingkar, kamu akan menerima akibat yang tidak boleh dielakkan lagi.