Surah 26: Penyair Penyair (Al - Shu'ara')
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[26:1] T. S. M. (Tha. Seen. Mim.)
[26:2] (Huruf huruf) ini mengandungi bukti bukti kitab yang jelas ini.
[26:3] Kau mungkin akan menyalahkan dirimu kerana mereka itu bukannya orang orang yang percaya.
[26:4] Jika kami kehendaki, kami boleh turunkan dari langit suatu tanda yang memaksakan leher leher mereka supaya tunduk.
Kod Matematika Dalam Quran
[26:5] Apabila saja peringatan dari yang Maha Pengasih datang kepada mereka, iaitu yang baru, mereka berpaling dengan kebencian.
[26:6] Oleh sebab mereka mengingkarkannya, mereka telah menerima akibatnya kerana kelalaian mereka.
[26:7] Tidakkah mereka melihat akan bumi, dan berbagai bagai rupa tumbuh tumbuhan yang cantik cantik telah kami tumbuhkan diatasnya?
[26:8] Ini sepatutnya menjadikan bukti yang cukup bagi mereka, tetapi kebanyakan dari mereka itu orang orang yang ingkar.
[26:9] Pasti sekali, Tuhan kamu itu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Musa
[26:10] Ingatlah diwaktu Tuhan kamu memanggil Musa: "Pergilah kepada orang orang yang melampaui batas.
[26:11] "Orang orang Fir'aun; semoga mereka dapat membaiki diri."
[26:12] Dia berkata, "Tuhanku, aku takut jangan sampai mereka mengingkariku.
[26:13] "Lantas aku akan menjadi marah, lidahku menjadi kelu; hantarkan saudara kandungku Harun.
[26:14] "Juga, mereka menganggap aku sebagai pelarian; aku takut jangan pula mereka membunuhku."
[26:15] Dia berkata, "Tidak, (mereka tidak akan). Pergilah dengan bukti buktiKu. Kami akan bersama samamu mendengarkan.
[26:16] "Pergi kepada Fir'aun dan katakanlah, "Kami adalah para rasul dari Tuhan semesta alam.
[26:17] "Lepaskanlah bani Israil pergi.' "
[26:18] Dia berkata, "Bukankah kami yang memeliharakan kau sejak dari bayi lagi, dan kau telah berada bersama sama kami bertahun tahun lamanya?
[26:19] "Kemudian kau telah komit jenayah yang telah kau komitkan, dan kau tidak pun mengenang budi."
[26:20] Dia berkata, "Sesungguhnya, aku melakukannya semasa aku didalam kesesatan.
[26:21] "Lantaran itu aku lari, kerana aku takutkanmu, dan Tuhanku kurniakanku kebijaksanaan dan menjadikan daku salah seorang dari para rasul.
[26:22] "Kau begitu bermegah yang kau telah menjagaku, sementara memperhambakan bani Israil!"
[26:23] Fir'aun berkata, "Apa itu Tuhan semesta alam?"
[26:24] Dia berkata, "Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya. Kau mestilah mempunyai keyakinan terhadap ini."
[26:25] Dia berkata kepada orang orang disekelilingnya, "Adakah kamu dengarkan ini?"
[26:26] Dia berkata, "Tuhan kamu dan Tuhan bagi segala keturunan keturunan kamu."
[26:27] Dia berkata, "Rasul kamu yang dihantarkan kepada kamu itu adalah gila."
[26:28] Dia berkata, "Tuhan kepada timur dan barat, dan kesemua yang ada diantara keduanya, jika kamu faham."
[26:29] Dia berkata, "Jika kamu menerima sebarang tuhan, selainku, aku akan humbankan kamu kedalam penjara."
[26:30] Dia berkata, "Apa kata kalau aku tunjukkan kau sesuatu yang jelas lagi nyata?"
[26:31] Dia berkata, "Maka tunjukkanlah, jika kau sesungguhnya benar."
[26:32] Maka dia pun melontarkan tongkatnya, dimana ianya menjadi ular yang nyata.
[26:33] Dan dia menghulurkan tangannya, dan ianya putih mengkagumkan sesiapa yang memandang.
[26:34] Dia berkata kepada pengetua pengetua disekelilingnya, "Ini adalah ahli magik yang berpengalaman.
[26:35] "Dia ingin untuk mengambil kamu semua keluar dari tempat kamu dengan magiknya apakah cadangan kamu?"
[26:36] Mereka berkata, "Hentikan dia dan saudaranya, dan hantarkan para penyeru kesetiap tiap bandar.
[26:37] "Biarkan mereka mengumpulkan setiap ahli magik yang berpengalaman"
[26:38] Para ahli magik telah dikumpulkan pada masa yang dijanjikan, dihari yang ditetapkan.
[26:39] Orang ramai telah disuruhkan: "Datanglah satu dan semuanya; marilah berkumpul kita semuanya disini.
[26:40] "Mungkin juga kami akan mengikuti ahli ahli magik, jika mereka menjadi pemenang pemenang."
[26:41] Apabila ahli ahli magik tiba, mereka berkata kepada Fir'aun, "Adakah kami dibayar jika kami menjadi pemenang pemenang?"
[26:42] Dia berkata, "Ya sudah pasti; malah kamu akan menjadi rapat kepadaku."
[26:43] Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah apa yang hendak kamu lemparkan."
[26:44] Mereka melemparkan tali tali dan kayu kayu rotan, dan berkata, "Demi kebesaran Fir'aun, kami akan menjadi pemenang pemenang."
[26:45] Musa melemparkan tongkatnya, lalu ianya menelan segala apa yang direka rekakan.
Orang Orang Yang Pintar Melihat Akan Kebenaran
[26:46] Ahli ahli magik pun jatuh sujud.
[26:47] Mereka berkata, "Kami percaya kepada Tuhan semesta alam.
[26:48] "Tuhan kepada Musa dan Harun."
[26:49] Dia berkata, "Adakah kamu mempercayainya sebelum aku memberikan kamu keizinan? Dia tentunya guru kamu, yang mengajarkan kamu magik. Tentu sekali kamu akan dapat tahu. Aku akan potong tangan tangan dan kaki kaki kamu berselang seli. Aku akan salip kamu semua."
[26:50] Mereka berkata, "Ini tidak akan menukar keputusan kami; kepada Tuhan kami yang kami akan dikembalikan.
[26:51] "Kami berharap supaya Tuhan kami akan mengampuni dosa dosa kami, lebih lebih lagi kerana kami adalah orang orang yang mula mula percaya."
[26:52] Kami meinspirasikan Musa: "Pergilah bersama sama hamba hambaKu; kamu akan dikejar."
[26:53] Fir'aun menghantarkan para pemberita dibandar bandar.
[26:54] (Dengan mengumumkan) "Ini adalah kumpulan yang kecil.
[26:55] "Mereka sekarang ini sedang menentang kita.
[26:56] "Marilah kita berwaspada terhadap mereka."
Pembalasan Yang Tidak Boleh Di-Elakkan
[26:57] Akibatnya, kami halangi mereka dari menikmati taman taman dan mata air mata air.
[26:58] Dan harta benda dan juga kedudukkan yang mulia.
[26:59] Lalu kami menjadikan ianya semua warisan bagi bani Israil.
[26:60] Mereka mengejar mereka dengan menuju kearah timur.
[26:61] Apabila kedua dua kumpulan dapat melihat satu sama lain, kaum Musa berkata, "Kami akan ditangkap."
[26:62] Dia berkata, "Tidak mungkin. Tuhanku ada bersama samaku; Dia akan membimbingku."
[26:63] Maka kami pun meinspirasikan Musa: "Pukullah laut dengan tongkatmu," dimana iapun terbelah. Tiap belahan seperti bukit yang besar.
[26:64] Maka kami pun membebaskan mereka semua.
[26:65] Lantas kami selamatkan Musa dan semua orang orang yang bersama dengannya.
[26:66] Dan kami pun tenggelamkan yang lainnya.
[26:67] Ini sepatutnya menjadi bukti yang cukup, tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:68] Pasti sekali, Tuhan kamu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Ibrahim
[26:69] Ceritakan kepada mereka sejarah Ibrahim.
[26:70] Dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah ini yang kamu sedang sembah?"
[26:71] Mereka berkata, "Kami menyembah patung patung; kami mengabdikan dengan sepenuhnya kepada mereka."
[26:72] Dia berkata, "Bolehkah mereka mendengarkan kamu apabila kamu bermohon?
[26:73] "Bolehkah ianya memanfaatkan kamu, ataupun memudharatkan kamu?"
[26:74] Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendapati ibu bapa ibu bapa kami melakukannya."
[26:75] Dia berkata, "Adakah kamu nampak patung patung ini yang kamu sembah.
[26:76] "Kamu dan keturunan keturunan kamu.
[26:77] "Aku menentang mereka, kerana aku telah mengabdikan diriku kepada Tuhan semesta alam.
[26:78] "Yang Esa yang menciptakan aku dan yang membimbingku.
[26:79] "Yang Esa yang memberiku makan dan minum.
[26:80] "Dan apabila aku sakit, Dia pulihkan daku.
[26:81] "Yang Esa yang mematikan aku kemudian menghidupkan aku semula.
[26:82] "Yang Esa yang aku berharap sangat supaya mengampuni dosa dosaku pada Hari Pengadilan kelak.
[26:83] "Tuhanku, berikanlah aku kebijaksanaan, dan masukkan aku bersama sama orang orang yang salih.
[26:84] "Biarkanlah contoh yang aku adakan ini satu kebaikan buat generasi generasi masa depan..
[26:85] "Jadikanlah aku salah satu dari pewaris pewaris bagi Syurga yang indah.
[26:86] "Dan ampunilah bapaku, kerana dia telah tersesat.
[26:87] "Dan janganlah berpaling dariku pada Hari Kebangkitan kelak."
[26:88] Itulah harinya bukannya wang ataupun anak anak yang akan dapat menolong.
[26:89] Hanyalah orang orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sepenuhnya (akan diselamatkan).
[26:90] Syurga akan dianugerahkan kepada orang orang yang takwa.
[26:91] Neraka akan disediakan untuk orang orang yang sesat.
Mereka Akan Menafikan Pujaan Pujaan Mereka
[26:92] Mereka akan ditanya, "Manakah pujaan pujaan yang kamu telah sembah
[26:93] "disamping Allah? Bolehkah mereka itu menolong kamu sekarang? Bolehkah mereka menolong diri diri mereka sendiri?"
[26:94] Mereka akan dilontar kedalamnya, bersama sama dengan orang orang yang sesat.
[26:95] Dan kesemuanya askar askar syaitan.
[26:96] Mereka akan berkata sedang mereka bertelengkah didalamnya.
[26:97] "Demi Allah, kami telah tersesat jauh.
[26:98] "Bagaimanakah boleh kami jadikan kamu itu bersetaraf dengan Tuhan semesta alam?
[26:99] "Orang orang yang menyesatkan kami itu adalah zalim.
[26:100] "Sekarang kami tidak ada perantaraan perantaraan.
[26:101] "Tidak pun satu kawan yang rapat.
[26:102] "Jika hanya kami dapat kesempatan sekali lagi, tentunya kami akan percaya."
[26:103] Ini sepatutnya menjadi pengajaran yang baik. Tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:104] Tuhan kamu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Nuh
[26:105] Kaum Nuh telah mengingkari para rasul.
[26:106] Saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?
[26:107] "Aku adalah rasul yang jujur kepadamu.
[26:108] "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku.
[26:109] "Aku tidak meminta kamu sebarang bayaran. Bayaranku datang dari Tuhan semesta alam.
[26:110] "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku."
[26:111] Mereka berkata, "Bagaimana mungkin kami mempercayaimu, sedangkan yang paling rendah dari kami telah mengikutimu?"
[26:112] Dia berkata, "Bagaimana dapat aku ketahui apa yang mereka lakukan?
[26:113] "Pengadilan mereka hanyalah pada Tuhanku, jika kamu dapat melihat.
[26:114] "Aku tidak akan menyuruh orang orang yang percaya itu pergi.
[26:115] "Aku tidak lebih dari pemberi amaran yang menjelaskan."
[26:116] Mereka berkata, "Melain kau berhenti, wahai Nuh, kau akan dilemparkan batu."
[26:117] Dia berkata, "Tuhanku, kaumku telah mengingkariku.
[26:118] "Berikan daku kemenangan terhadap mereka, dan selamatkanku dan juga kumpulan orang orangku yang percaya."
[26:119] Kami selamatkannya dan orang orang yang bersama samanya didalam bahtera.
[26:120] Kemudian kami tenggelamkan yang lainnya.
[26:121] Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:122] Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Hud
[26:123] 'Ad mengingkari para rasul.
[26:124] Saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?
[26:125] "Aku adalah rasul yang benar kepada kamu.
[26:126] "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.
[26:127] "Aku tidak memintakan kamu sebarang bayaran; bayaranku datang dari Tuhan semesta alam.
[26:128] "Kamu membina diatas setiap bukit rumah besar semata mata untuk bermegah megah.
[26:129] "Kamu mendirikan bangunan seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.
[26:130] "Dan apabila kamu bertindak, kamu bertindak dengan tanpa belas kasihan.
[26:131] "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku.
[26:132] "Hormatilah yang Esa yang telah mengadakan untuk kamu segala apa saja yang kamu tahu.
[26:133] "Dia mengadakan untuk kamu binatang ternakan dan anak anak.
[26:134] "Dan taman taman serta mata air mata air.
[26:135] "Aku takut akan hukuman pada hari yang menggerunkan itu bagi kamu."
[26:136] Mereka berkata, "Ianya sama saja adakah kau memberitahukan, ataupun tidak memberitahukan.
[26:137] "Penderitaan itu hanyalah dikenakan keatas keturunan keturunan kami saja.
[26:138] "Tidak ada siksaan yang akan menimpa kami."
[26:139] Lantas, mereka mengingkari dan, akibatnya, kami hapuskan mereka. Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya .
[26:140] Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Salleh
[26:141] Thamud mengingkari para rasul.
[26:142] Saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?
[26:143] "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.
[26:144] "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.
[26:145] "Aku tidak memintakan sebarang bayaran dari kamu; bayaranku hanya datang dari Tuhan semesta alam.
[26:146] "Adakah kamu beranggapan yang kamu akan dibiarkan begitu saja selama lamanya, terjamin didalam keadaan ini?
[26:147] "Kamu menikmati taman taman dan mata air mata air.
[26:148] Dan tanam tanaman dan pokok pokok kurma dengan buah buahan yang enak enak.
[26:149] "Kamu mengukir dari gunung gunung rumah rumah yang besar lagi mewah.
[26:150] "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.
[26:151] "Janganlah menta'ati orang orang yang melampaui batas.
[26:152] "Yang komit kejahatan, bukannya membuat kerja kerja yang baik."
[26:153] Mereka berkata, "Kau memang terkena sihir.
[26:154] "Kau tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Tunjukkanlah mukjizat, jika kau adalah yang benar."
[26:155] Dia berkata, "Ini adalah seekor unta yang akan hanya meminum pada sehari yang telah dikhaskan kepadanya; suatu hari yang berlaianan dari hari hari yang ditentukan oleh kamu meminumnya.
[26:156] "Janganlah mengenakannya dengan sebarang kemudharatan, supaya jangan sampai kamu ditimpa balasan dihari yang amat menggerunkan."
[26:157] Mereka menyembelihnya, lantas mendapat kesusahan.
[26:158] Azab pun menyelubungi mereka. Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:159] Sudah pasti, Tuhan kamu itu yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Lut
[26:160] Kaum Lut mengingkari para rasul.
[26:161] Saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?
[26:162] "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.
[26:163] "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.
[26:164] "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran; bayaranku datang hanyalah dari Tuhan semesta alam.
[26:165] "Adakah kamu mengadakan seks dengan laki laki, dari segala manusia?
[26:166] "Kamu tinggalkan isteri isteri yang Tuhan kamu telah ciptakan untuk kamu! Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang melampaui batas."
[26:167] Mereka berkata, "Melainkan jika kau berhenti, wahai Lut, kau akan dihalau keluar."
[26:168] Dia berkata, "Aku mengutuk perbuatan kamu."
[26:169] "Tuhanku, selamatkan aku dan keluargaku dari perbuatan perbuatan mereka."
[26:170] Kami selamatkan dia dan semua keluarganya.
[26:171] Tetapi tidak perempuan tua; dia telah pun dikutuk.
[26:172] Maka kami pun binasakan yang lainnya.
[26:173] Kami menghujani dengan hujan yang amat mengazabkan; betapa dahsyatnya curahan bagi orang orang yang telah diberikan amaran!
[26:174] Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:175] Pasti sekali,Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Shuib
[26:176] Orang orang dalam Hutan (Aikah) mengingkari para rasul.
[26:177] Shuib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?
[26:178] "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.
[26:179] "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.
[26:180] "Aku tidak memintakan dari kamu sebarang bayaran; bayaranku datangnya dari Tuhan semesta alam.
[26:181] "Kamu mestilah memberi ukuran yang cukup apabila berniaga; janganlah menipu.
[26:182] "Kamu mestilah timbang apabila mengunakan skala yang tepat lagi adil.
[26:183] "Janganlah menipu manusia dari hak hak mereka, dan janganlah berjalan dimuka bumi ini dengan berlaku korup.
[26:184] "Hormatilah kepada yang Esa yang menciptakan kamu dan generasi generasi terdahulu.
[26:185] Mereka berkata, "Kau memang terkena magik.
[26:186] "Kau tidaklah lebih dari sebarang manusia seperti kita. Tambahan pula kami berfikir yang kau ini adalah pembohong.
[26:187] "Biarkanlah timbunan dari langit jatuh keatas kami, jika sememangnya kau itu orang yang benar."
[26:188] Dia berkata, "Tuhanku Sahajalah yang ketahui segala apa yang kamu lakukan."
[26:189] Mereka mengingkarkannya dan, akibatnya, mereka menerima siksaan pada Hari Naungan awan. Itu adalah hukuman dihari yang amat menggerunkan.
[26:190] Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.
[26:191] Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Quran
[26:192] Ini adalah sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
[26:193] Roh yang Jujur (Jibrail) telah turun dengannya.
[26:194] Untuk ditempatkan didalam hatimu, supaya kau dapat menjadi salah seorang yang memberi amaran.
[26:195] Dengan lisan Arab yang cukup sempurna.
[26:196] Ianya telah diramalkan didalam buku buku generasi generasi yang terdahulu.
[26:197] Bukankah ianya suatu tanda yang cukup bagi mereka yang hal ini telah diketahui oleh ulama' ulama' bani Israil?
Quran Mesti Di-Terjemahkan
[26:198] Jika kami turunkan kepada orang orang yang tidak tahu berbahasa Arab.
[26:199] Dan disuruh dia membacanya (didalam bahasa Arab), mereka tidak mungkin akan dapat mempercayakan apa yang terkandung didalamnya.
[26:200] Lantas kami menjadikannya (kedalam bahasa asing) kedalam hati orang orang yang bersalah.
[26:201] Lantas, mereka tidak akan dapat mempercayakannya; tidak sehingga mereka melihat hukuman yang menyakitkan.
[26:202] Ianya akan datang kepada mereka dengan tiba tiba, sedang mereka tidak sekali kali menjangkakannya.
[26:203] Lantaran itu barulah mereka berkata,"Bolehkah kami mendapat penangguhan?"
[26:204] Tidakkah mereka yang telah mencabar hukuman kami?
[26:205] Sebagaimana yang kamu lihat, kami telah biarkan mereka menikmatinya bertahun tahun.
[26:206] Barulah hukuman datang kepada mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan.
[26:207] Segala keluasan sumber yang mereka perolehi tidak dapat menolong mereka walau sedikitpun.
[26:208] Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti dengan tidak terlebih dahulu menghantarkan pemberi pemberi amaran.
[26:209] Dari itu, ini sesuatu peringatan, kerana kami tidak pernah berlaku ketidak adilan.
Para Rasul Yang Palsu Tidak akan Dapat Menyampaikan Ajaran Supaya Menyembah Allah Sahaja
[26:210] Para syaitan tidak akan dapat menurunkan ini.
[26:211] Mereka tidak akan mahu ataupun mampu melakukan.
[26:212] Kerana mereka telah dihalangi dari mendengar.
[26:213] Dari itu, jangan memuja disamping Allah tuhan yang lain, supaya kamu tidak menerima hukuman.
Rasul Allah Yang Di-Janjikan
[26:214] Kamu mestilah berdakwah kepada orang orang yang terdekat denganmu.
[26:215] Dan rendahkan dirimu kepada orang orang percaya yang mengikutimu.
[26:216] Jika mereka mengingkarimu, maka katakanlah, "Aku tidak akan bertanggung jawab terhadap apa yang kamu lakukan."
[26:217] Dan letakkan kepercayaanmu kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
[26:218] Yang melihatmu apabila kamu bertaffakur diwaktu malam.
[26:219] Dan kebiasaanmu bersujud.
[26:220] Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[26:221] Mahukah aku memberitahu kepadamu keatas siapakah yang syaitan akan diturunkan?
[26:222] Mereka akan turun keatas setiap tiap pesalah yang mengada adakan.
[26:223] Mereka berpura pura untuk mendengarkan, tetapi kebanyakan dari mereka itu adalah para pembohong.
[26:224] Bagi penyair penyair, mereka hanya akan diikuti oleh orang orang yang sesat.
[26:225] Tidakkah kamu lihat bahwa kesetian mereka berubah ubah mengikut keadaan?
[26:226] Dan mereka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan?
[26:227] Dikecualikan adalah mereka yang percaya, menjalani kehidupan yang benar, mengingati Allah selalu, dan berdiri untuk membela hak hak mereka * setelah dizalimi. Pasti sekali, orang orang yang melampaui batas itu akan dapat ketahui apakah destini terakhir mereka yang sebenar.