Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 27: Semut (Al-Naml)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[27:1] T. S. (Tha. Sin. Huruf huruf) ini mengandungi bukti bukti bagi Quran ini; sebuah kitab yang jelas lagi nyata.

[27:2] Petunjuk, berita berita baik, untuk orang orang yang percaya.

[27:3] Yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberi derma yang diwajibkan (Zakat), dan mereka itu berkenaan Hari Akhirat, sangatlah yakin.

[27:4] Orang orang yang tidak percayakan Hari Akhirat, kami hiaskan baik pekerjaan pekerjaan mereka itu dimata mata mereka. Lantas, mereka berterusan dengan kesilapan.

[27:5] Inilah orangnya yang akan menerima hukuman yang paling buruk sekali, diAkhirat kelak, mereka akan menjadi orang orang yang paling rugi.

[27:6] Tentu sekali, kau telah terima Quran dari yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Musa

[27:7] Ingatlah semasa Musa berkata kepada keluarganya, "Aku melihat api; biar aku membawa berita berita dari sana, ataupun sepotong untuk memanaskanmu."

[27:8] Apabila dia datang kepadanya, dia telah dipanggil: "Rahmat bagiNya (yang bercakap dari) didalam api, dan segala yang ada disekelilingnya."Maha Suci bagi Allah, Tuhan semesta alam.

[27:9] "Wahai Musa, ini adalah Aku, Allah, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

[27:10] "Lontarkan tongkatmu." Apabila dia melihat ianya bergerak seperti setan, dia pusing kebelakang lari. "Wahai Musa, janganlah takut. Para rasulKu tidak semestinya takut.

[27:11] "Melainkan mereka yang komit keterlaluan, kemudian menggantikan dengan kebaikan selepas melakukan dosa; Sesungguhnya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[27:12] "Masukkanlah tanganmu kedalam kocekmu; ianya akan keluar keputih putihan, yang tidak ada kecacatan kulit. Ini adalah diantara sembilan mukjizat kepada Fir'aun dan orang orangnya, kerana mereka itu adalah orang orang yang zalim."

[27:13] Apabila mukjizat mukjizat kami telah ditunjukkan kepada mereka, terang dan nyata, mereka berkata, "Ini adalah magik yang jelas."

[27:14] Mereka mengingkarinya dan betul betul yakin dengan kesalahan kesalahan mereka oleh kerana kesombongan mereka. Perhatikanlah akibatnya bagi orang orang yang berbuat jahat.

Daud Dan Sulayman

[27:15] Kami kurniakan kepada Daud dan Sulayman dengan ilmu pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala kepujian bagi Allah kerana merahmati kami lebih banyak dari sebanyak hamba hambaNya yang percaya."

[27:16] Sulayman adalah pewaris kepada Daud. Dia berkata, "Wahai manusia, kami telah dikurniakan dengan pemahaman bahasa burung burung, dan bermacam macam rupa kebendaan telah dikurniakan keatas kami. Ini sesungguhnya adalah rahmat yang sebenarnya."

[27:17] Yang bersiap sedia dalam menjalan servis untuk Sulayman adalah askar askarnya yang patuh dari para jin dan manusia, begitu juga dengan burung burung; kesemuanya untuk kegunaannya.

[27:18] Apabila mereka menuju kelembah semut semut, salah satu dari semut berkata, "Wahai kamu semut semut, masuklah kerumah rumah kamu, supaya jangan sampai kamu diremukkan oleh Sulayman dan askar askarnya, kerana tidak menyedari."

[27:19] Dia tersenyum dan ketawa dengan kenyataan ianya itu, dan berkata, "Tuhanku, tujukanlah aku untuk bersyukur dengan rahmat yang Engkau telah kurnia keatasku dan ibu bapaku, supaya dapat aku melakukan pekerjaan yang baik yang diredhai olehMu. Masukkanlah aku dari belas kasihMu bersama sama dengan hamba hambaMu yang salih."

[27:20] Dia memeriksakan burung burung, dan mendapati: "Kenapa tidak aku nampak hud hud? Kenapa dia menghilang?

[27:21] "Aku akan hukum dia dengan azab yang berat ataupun menyembelihnya, melainkan jika dia memberikan aku alasan yang baik."

[27:22] Dia tidak tunggu lama. (hud hud) berkata, "Aku ada berita yang kau tidak ketahui. Aku telah membawa kepadamu dari Sheba, beberapa informasi yang mustahak.

[27:23] "Aku dapati seorang perempuan yang menguasai mereka, yang telah dirahmati dengan segala galanya, dan mempunyai istana yang amat mengkagumkan.

[27:24] "Aku dapati dia dan orang orangnya bersujud kepada matahari, bukannya Allah. Syaitan telah menghiasi baik dimata mata mereka diatas pekerjaan pekerjaan mereka, dan telah memalingkan mereka dari kebenaran; akibatnya, mereka adalah orang orang yang tidak mendapat bimbingan."

[27:25] Mereka sepatutnya bersujud kepada Allah, yang Esa yang menunjukkan segala yang gaib gaib disekelian cekrawala dan bumi, dan yang Esa yang tahu segala apa yang kamu sembunyikan dan segala gala yang kamu umumkan.

[27:26] Allah: tidak ada tuhan yang lain disampingNya; Tuhan yang menguasai kerajaan yang terbesar.

[27:27] (Sulayman) berkata, "Kami akan siasat sama ada kau berkata benar, ataupun jika kau berbohong.

[27:28] "Bawa surat dariku ini, berikannya kepada mereka, dan awasi cara mereka meresponskan."

Kembali Kepada Sheba

[27:29] Dia berkata, "Wahai penasihat penasihatku, aku telah terima surat yang mulia.

[27:30] "Ianya dari Sulayman, dan ia bermula, 'Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

[27:31] "Mengumumkan:'Janganlah sombong; datanglah kepadaku sebagai orang orang yang menyerahkan diri sepenuhnya (kepada Allah).' "

[27:32] Dia berkata, "Wahai penasihat penasihatku, nasihatilah aku dalam perkara ini. Aku tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga kamu menasihatiku."

[27:33] Mereka berkata, "Kita mempunyai kuasa, kita mempunyai kemahiran untuk berperang, dan perintah yang muktamad ada didalam tanganmu. Engkau putuskanlah apa yang hendak dilakukan."

[27:34] Dia berkata, "Raja raja mengkorup setiap negeri yang mereka serang, dan menaklukinya supaya menghina orang orang yang dihormati. Inilah biasanya mereka melakukan.

[27:35] "Aku menghantarkan hadiah kepada mereka; biar kita lihat apa yang penyampai panyampai membawa kembali."

[27:36] Apabila hud hud kembali kepada Sulayman (dia sampaikan berita), dan dia merespons (kepada orang orang sheba): "Adakah kamu memberiku wang? Apa yang Allah berikan kepadaku jauh lebih baik lagi dari apa yang telah Dia berikan kepada kamu. Kamu sajalah yang gembira dengan hadiah hadiah sedemikian."

[27:37] (kepada hud hud, dia berkata,) "Kembali kepada mereka (dan beritahukan mereka) kami akan datang kepada mereka dengan bala tentera yang tidak terfikir oleh mereka. Kita akan tawan mereka, dengan kehinaan dan disingkirkan."

Lebih Pantas Dari Sekilas Cahaya

[27:38] Dia berkata, "Wahai pengetua pengetua, siapakah dari kamu yang boleh membawa istananya kepadaku, sebelum mereka datang kesini sebagai orang orang yang menyerahkan diri diri mereka sepenuhnya (kepada Allah)?"

[27:39] Salah satu afrit dari kalangan jin berkata, "Aku akan membawanya kepadamu sebelum kamu sempat berdiri. Aku mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan ini."

[27:40] Seorang yang mempunyai ilmu dari buku berkata, "Aku boleh membawanya kepadamu dalam sekelip matamu." Apabila saja dia melihat yang ianya sudah ada didepan dia, dia berkata, "Ini adalah rahmat dari Tuhanku, yang dengannya Dia mencubaku, untuk menunjukkan sama ada aku bersyukur ataupun tidak bersyukur. Sesiapa yang bersyukur kesyukurannya hanyalah untuk dirinya sendiri, dan jika siapa tidak tahu menyukurinya, maka Tuhanku tidak memerlukannya, yang Maha Mulia."

[27:41] Dia berkata, "Ubah suaikan semula istananya untuk dia. Mari kita lihat jika dia akan mendapat bimbingan."

[27:42] Apabila dia tiba, dia ditanyakan, "Adakah istanamu kelihatan seperti ini?" Dia berkata, "Nampaknya begitulah ianya."(Sulayman berkata,) "Kami telah ketahui lebih dahulu lagi apa yang dia hendak lakukan, dan kami telah menyerahkan diri diri kami (kepada Allah)."

[27:43] Dia telah dipalingkan untuk menyembah pujaan pujaan daripada Allah; dia dipihak orang orang yang ingkar.

[27:44] Dia telah disuruhkan, "Masuklah kedalam istana." Apabila dia melihat dibahagian dalamnya, dia berfikir ianya kolam yang berair, dan dia (naikkan kainnya,) menampakkan kaki kakinya. Dia berkata, "Sekarang bahagian dalamnya sudah dilantaikan dengan kristal." Dia berkata, "Tuhanku, aku telah menzalimi rohku. Aku kini menyerahkan diriku bersama sama Sulayman kepada Allah, Tuhan semesta alam."

Salleh

[27:45] Kami telah menghantarkan kepada Thamud saudaranya Salleh, dengan berkata, "Kamu mestilah sembah Allah." Tetapi mereka menjadi kepada dua puak yang bersengketa.

[27:46] Dia berkata, "Wahai kaumku, kenapa kamu bersegera untuk komit kejahatan dari melakukan kerja kerja yang baik? Jika hanya kamu bermohon kepada Allah untuk meminta pengampunan, kamu akan mendapat belas kasih."

[27:47] Mereka berkata, "Kami menganggap kamu satu alamat yang buruk bagi kami, kamu dan orang orang yang mengikutimu." Dia berkata, "Petanda kamu telah dikuasai penuh oleh Allah. Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang telah menyimpang."

[27:48] Disana ada sembilan penjahat penjahat yang zalim didalam bandar, yang tidak pernah melakukan sebarang kebaikan.

[27:49] Mereka berkata, "Marilah kita bersumpah kepada Allah yang kita bunuh dia dan orang orangnya, dan memberitahukan kepada puaknya, 'Kami tidak tahu apa apa tentang kematian mereka. Kami adalah benar.""

Allah Melindungi Orang Orang Yang Percaya

[27:50] Mereka berkomplot dan merancang, tetapi kami juga berkomplot dan merancang, sedangkan mereka tidak dapat menyedari

[27:51] Perhatikanlah akibat dari pengkomplotan mereka; kami hapuskan mereka dan sekelian orang orang mereka.

[27:52] Ini adalah rumah rumah mereka yang benar benar hancur, kerana keterlaluan mereka. Ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang orang yang tahu.

[27:53] Kami selamatkan orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar.

Lut

[27:54] Lut berkata kepada kaumnya, "Bagaimana boleh kamu mengkomit perbuatan yang keji, dengan terang terangan, sementara kamu melihat?

[27:55] "Kamu mempraktikkan seks dengan orang lelaki, penuh berahi, bukannya dengan orang perempuan. Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang jahil."

[27:56] Respons yang diberikan dari kaumnya adalah dengan mereka berkata, "Halaukan keluarga Lut dari bandar kamu; mereka adalah orang orang yang berkeinginan untuk menyucikan diri."

[27:57] Akibatnya, kami selamatkan dia dan keluarganya, melainkan isterinya; kami masukkan dia diantara yang dikutuk.

[27:58] Kami menghujani mereka dengan sesuatu yang dihujani. Ia adalah curahan yang mengazabkan keatas orang orang yang telah diberikan amaran.

Jangan Membuat Perbezaan Di-Antara Para Rasul

[27:59] Katakanlah, "Segala kepujian bagi Allah dan kesejahteraan bagi hamba hambaNya yang Dia telah pilih. Adakah Allah lebih baik, ataupun pujaan pujaan yang diada adakan oleh beberapa sesetengah orang?"

Allah Sahajalah Patut Di-Sembah

[27:60] Siapakah yang Esa yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi? Siapakah yang Esa yang menurunkan untuk kamu dari langit air, dimana dengannya kami mengadakan taman taman penuh dengan keindahan- yang kamu tidak mungkin dapat membuatkan segala pokok pokoknya? Adakah tuhan yang lain bersama Allah? Sesungguhnya, mereka adalah orang orang yang telah dilencongkan.

Isa, Maryam, Muhammad, Para Wali, dll. Tidak Pernah Menyertai

[27:61] Siapakah yang Esa yang menjadikan bumi ini tempat kediaman, yang menyebabkan sungai sungai mengalir melaluinya, dan meletakkan gunung gunung, dan menciptakan penghalang diantara dua jenis air? Adakah tuhan yang lain bersama Allah? Sesungguhnya, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

[27:62] Siapakah yang Esa yang menyelamatkan orang orang yang dalam kesempitan yang memanggil kepadaNya, yang meringankan kesusahan, dan menjadikan kamu pewaris pewaris dibumi? Adakah tuhan yang lain bersama Allah? Jarang sekali kamu hendak merenungkan.

[27:63] Siapakah yang Esa yang membimbing kamu didalam kegelapan didaratan dan lautan? Siapakah yang Esa yang menghantarkan angin dengan membawa berita yang baik, mengisharatkan belas kasihNya? Adakah tuhan lain yang bersama Allah? Maha Tertinggi adalah Allah, jauh keatas dari mempunyai sebarang rakan kongsi.

[27:64] Siapakah yang Esa yang meinisiasikan ciptaan, kemudian mengulanginya? Siapakah yang Esa yang mengadakan untuk kamu dari sekelian cekrawala dan bumi? Adakah tuhan lain yang bersama Allah? Katakanlah, "Tunjukkanlah kepadaku bukti kamu, jika kamu itu benar."

[27:65] Katakanlah, "Tidak ada seorangpun disekelian cekrawala dan bumi yang tahu berkenaan masa depan melainkan Allah. Malahan mereka sendiri tidak tahu bagaimana ataupun bila mereka akan dibangkitkan."

Kepercayaan Kepada Hari Akhirat: Penghalang Yang Terbesar Bagi Kebanyakan Manusia

[27:66] Sebenarnya, ilmu pengetahuan mereka berkenaan Hari Akhirat adalah keliru. Sebenarnya, mereka menyimpan rasa keraguan berkenaannya. Sebenarnya, mereka tidak mengambil peduli langsung terhadapnya.

[27:67] Orang orang yang ingkar itu berkata, "Sesudah kita menjadi habuk, dan juga ibu bapa ibu bapa kita, adakah kita dibangkitkan semula?

[27:68] "Kami telah dijanjikan yang serupa pada masa dahulu. Ini semuanya tiada lain melainkan hanyalah cerita cerita lama."

[27:69] Katakanlah, "Jelajahlah dimuka bumi ini dan perhatikanlah akibat akibat yang menimpa kepada orang orang yang bersalah."

[27:70] Janganlah bersedih terhadap mereka, dan janganlah terganggu dengan perancangan mereka.

[27:71] Mereka berkata, "Bilakah perjanjian yang demikian itu akan berlaku, jika sememangnya kamu yang benar?"

[27:72] Katakanlah, "Kamu sedang menderita dengan beberapa hukuman yang kamu telah cabarkan itu."

[27:73] Tuhan kamu itu penuh dengan kurniaan terhadap manusia, tetapi kebanyakan mereka itu tidak tahu bersyukur.

[27:74] Tuhan kamu amat mengetahui apa yang disembunyikan didalam dada dada mereka, dan apa yang mereka umumkan.

[27:75] Tidak ada suatu apa pun disekelian cekrawala dan bumi tersembunyi (dari Allah); segala galanya ada didalam rekod yang nyata.

[27:76] Quran ini telah menyelesaikan kebanyakan isu bagi bani Israil; isu isu yang mereka masih pertikaikan.

[27:77] Dan pasti sekali, ianya adalah bimbingan dan belas kasih untuk orang orang yang percaya.

[27:78] Tuhanmu Sahajalah yang menghakimkan diantara mereka dengan mengikuti hukum hukumNya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

[27:79] Dari itu, letakkanlah kepercayaanmu kepada Allah; sesungguhnya, kau mengikuti kebenaran yang jelas.

[27:80] Kamu tidak akan dapat menjadikan yang mati, tidak juga yang pekak, mendengarkan panggilan, jika mereka berpaling.

[27:81] Tidak juga dapat kamu membimbing yang buta keluar dari kesesatan mereka. Hanyalah orang orang yang boleh mendengarkan kamu itu adalah mereka mereka yang percaya dengan revelasi revelasi kami, dan memutuskan untuk menyerahkan diri diri mereka (kepada Allah).

Komputer adalah Makhluk

[27:82] Pada masa yang tepat, kami akan mengeluarkan untuk mereka makhluk, dibuat daripada bahan bahan dari bumi, yang mengumumkan bahwa manusia itu tidak yakin dengan revelasi revelasi kami.

[27:83] Harinya akan tiba apabila kami akan menghimpunkan dari tiap tiap komuniti beberapa orang yang tidak percayakan bukti bukti kami, dengan dipaksa.

Mempelajari Kod Matematika Di-Dalam Quran

[27:84] Apabila mereka tiba, Dia akan berkata, "Kamu telah mengingkari revelasi revelasiKu, sebelum memperolehi ilmu pengetahuan berkenaannya. Tidakkah ini apa yang kamu lakukan?"

[27:85] Mereka akan dikenakan balasan kerana kezaliman mereka itu; mereka tidak akan dapat berkata satu apa pun.

[27:86] Tidakkah mereka melihatkan yang kami jadikan malam untuk mereka berehat, dan siang hari terang? Ini sepatutnya menjadi bukti bukti yang cukup bagi orang orang yang percaya.

[27:87] Pada hari apabila terumpit ditiupkan, setiap sesuatu disekelian cekrawala dan bumi akan menjadi terkejut lagi takut, melainkan yang telah dipilih oleh Allah. Semuanya akan datang kepadaNya, dengan cara terpaksa.

Pergerakkan Bumi: Satu Mukjizat Saintifik

[27:88] Apabila kamu melihat kepada gunung gunung, kamu berfikir yang ianya berdiri tegak. Tetapi ianya sedang bergerak, seperti awan awan. Demikian itulah pembuatan dari Allah, yang menyempurnakan segala galanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Perihatin bagi setiap apa yang kamu lakukan.

Hari Pengadilan

[27:89] Orang orang yang membawa kerja kerja yang baik (didalam rekod mereka) akan menerima ganjaran ganjaran yang jauh lebih baik, dan mereka akan mendapat keselamatan yang cukup sempurna dari kegerunan pada hari itu.

[27:90] Bagi sesiapa yang membawa kerja kerja jahat mereka, akan dipaksakan masuk kedalam Neraka. Tidakkah kamu patut menerima balasan dari apa yang telah kamu lakukan?

[27:91] Aku hanyalah diperintahkan untuk menyembah Tuhan kepada bandar ini - Dia telah menjadikan ianya tempat suci yang selamat - dan Dialah yang mempunyai segala galanya. Aku telah diperintahkan supaya menjadi orang orang yang menyerahkan diriku hanya (kepada Allah).

[27:92] Dan supaya membaca Quran. Sesiapa saja yang mendapat bimbingan hanyalah terbimbing untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika mereka tersesat, maka katakanlah, "Aku hanyalah seorang pemberi amaran."

[27:93] Dan katakanlah, "Segala kepujian bagi Allah; Dia akan tunjukkan bukti buktiNya, kepada kamu sampai kamu dapat mengenalnya. Tuhan kamu itu tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu lakukan."