Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 24:54 — Cahaya (Al-Noor)

Katakanlah, "Ta'atilah Allah dan ta'atilah rasul." Jika mereka menolak, maka dialah yang bertanggungjawab terhadap kewajiban kewajibannya, dan kamu bertanggungjawab diatas kewajiban kewajiban kamu. Jika kamu menta'atinya, kamu akan mendapat bimbingan. Kewajiban yang utama bagi rasul adalah untuk menyampaikan (mesej).

[24:53] Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika kau memerintahkan mereka supaya bersiap sedia, mereka akan bersiap sedia. Katakanlah, "Janganlah bersumpah. Keta'atan adalah satu kewajiban. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin segala apa yang kamu lakukan."

[24:55] Allah menjanjikan kepada orang orang percaya diantara kamu yang menjalani kehidupan yang benar, Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka itu dibumi, sebagaimana yang telah diberikan kepada orang orang yang sebelum mereka, dan akan memantapkan agama yang telah dipilihkan olehNya untuk mereka, dan akan menggantikan dengan keamanan dan keselamatan keatas mereka sesudah ketakutan. Semuanya ini kerana mereka itu menyembah Aku sahaja; mereka tidak akan mengadakan sebarang pujaan pujaan disampingKu. Sesiapa yang ingkar sesudah ini adalah orang orang yang benar benar zalim.