Al-Quran 28:47 — Sejarah (Al-Qasas)
Lantas, mereka tidak boleh mengatakan, apabila bencana menyerang mereka oleh kerana perbuatan mereka sendiri, "Tuhan kami, kalaulah Engkau menghantarkan seorang rasul kepada kami, tentunya kami akan mengikuti revelasi revelasiMu, dan tentunya akan menjadi orang orang yang percaya."
[28:46] Tidak juga kau berada dicerunan Gunung Sinai apabila kami memanggil (Musa). Tetapi itu adalah belas kasih dari Tuhan kamu, (terhadap manusia,) supaya dapat memberikan amaran kepada manusia yang tidak menerima amaran sebelummu, supaya mereka dapat merenungkan.
[28:48] Sekarang apabila kebenaran telah datang kepada mereka dari kami, mereka berkata, "kalaulah sekiranya kita diberi apa yang telah diberikan kepada Musa!" Tidakkah mereka telah mengingkari dengan apa yang telah diberikan kepada Musa dimasa lalu? Mereka berkata, "Kedua dua (kitab) itu adalah dari perbuatan magik yang meniru satu sama lainnya." Mereka juga berkata, "Kami tidak akan mempercayai kedua duanya itu."