Al-Quran 28:55 — Sejarah (Al-Qasas)
Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka berpaling darinya dan berkata, "Kami akan bertanggungjawab diatas perbuatan perbuatan kami, dan kamu bertanggungjawab diatas perbuatan perbuatan kamu. Kesejahteraan bagi kamu. Kami tidak ingin berperangai seperti orang orang yang jahil."
[28:54] Untuk mereka ini kami memberikan dua kali ganjaran, kerana mereka sabar dan tabah hati. Mereka mengatasi kerja kerja jahat dengan membuat kerja kerja yang baik, dan dari rezeki rezeki kami kepada mereka, mereka memberi.
[28:56] Kamu tidak akan dapat membimbing orang orang yang kamu sayangi. Allah Sahajalah yang membimbing mengikuti kehendakNya dan mengikuti ilmu pengetahuanNya bagi orang orang yang berhak mendapat bimbingan.