Al-Quran 28:82 — Sejarah (Al-Qasas)
Orang orang yang iri hati terhadapnya sehari sebelumnya berkata, "Sekarang barulah kami sedar yang Allah Sahajalah yang memberi kepada sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya, dan menahannya. Jika tidak kerana kurnian Allah terhadap kita, Dia tentunya akan menyebabkan bumi menelan kita juga. Sekarang kami baru sedar bahwa orang orang yang ingkar tidak akan berjaya."
[28:81] Lalu kami yang menyebabkan bumi menelannya dan rumah besarnya. Tidak ada pasukan yang boleh menolongnya terhadap Allah; dia tidaklah ditakdirkan untuk menjadi orang orang yang berjaya.
[28:83] Kami telah tetapkan tempat tinggal diAkhirat bagi orang orang yang tidak mencari kemegahan diri dibumi, maupun melakukan korupsi. Kemenangan yang muktamad adalah kepunyaan orang orang yang takwa.