Al-Quran 3:50 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
"Aku mengesahkan kitab sebelumnya ? Taurat ? dan aku menarik balik beberapa perkara yang diharamkan untuk kamu. Aku datang kepada kamu dengan bukti yang cukup dari Tuhan kamu. Dari itu, kamu mesti mengingati Allah dan ta'atilah aku.
[3:49] Sebagai rasul kepada bani Israil: "Aku datang kepada kamu dengan petanda dari Tuhan kamu ? aku ciptakan untuk kamu sebentuk burung dari tanah liat, dan aku tiup dengannya, lalu menjadi burung yang hidup dengan izin Allah. Aku pulihkan mata yang buta, juga menyembuhkan penyakit kusta, dan aku hidupkan yang mati dengan izin Allah. Aku boleh menyatakan apa yang engkau telah makan dan apa apa yang engkau simpan didalam rumah rumah kamu. Ini adalah bukti untuk kamu jika kamu adalah dari orang orang yang percaya.
[3:51] "Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu; kamu mestilah sembah Dia sahaja. Ini adalah jalan yang lurus."