Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 3:74 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)

Dia memperuntukkan belas kasihNya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki; Sesungguhnya Allah memiliki kurniaan yang tidak terkira.

[3:73] "Dan jangan percaya melainkan mereka yang mengikuti agama kamu." Katakan, "Petunjuk yang benar adalah petunjuk dari Allah." Jika mereka menyatakan yang mereka mempunyai petunjuk yang sama, ataupun bertengkar dengan kamu berkenaan Tuhan kamu, katakan, "Segala kurniaan ada ditangan Allah; Dia yang mengurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki." Sesungguhnya Allah Maha Luas KurniaanNya lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.

[3:75] Ada diantara pengikut pengikut kitab boleh dipercayai dengan keseluruhannya, dan mereka akan mengembalikannya kepada kamu, ada diantara mereka pula yang tidak boleh dipercayai walau dengan satu dinar sekalipun; mereka tidak akan membayar kepada kamu melainkan kamu tetap terus menuntutnya. Itu kerana mereka berkata, "Kita tidak semestinya jujur apabila berurusan dengan mereka yang tidak mempunyai kitab (ummi)!" Demikianlah mereka itu mengada adakan pembohongan terhadap Allah, dengan sengajanya.