Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:127 — Perempuan (Al-Nesa')

Mereka berunding dengan kamu mengenai perempuan perempuan: katakan, Allah memberikan penunjuk kepada kamu berkenaan mereka, sebagaimana telah dibacakan kepada kamu didalam kitab. Kamu mesti kembalikan hak perempuan perempuan yang yatim yang kamu telah menipu hak mereka berkenaan mas kahwin apabila kamu ingin mengahwini mereka: Kamu tidak boleh mengambil kesempatan terhadap mereka. Hak bagi anak lelaki yang yatim pun perlu juga dipeliharakan. Kamu mestilah melayan mereka dengan baik. Segala kebaikan yang kamu lakukan, Allah amat perihatin terhadapnya.

[4:126] Kepunyaan Allah segala gala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Allah sahajalah yang menguasai segala sesuatu.

[4:128] Jika isteri dapat merasakan yang mereka ditindas ataupun ditinggalkan oleh suami mereka, pasangan ini mestilah cuba mencari penyelesaian dengan berbincang mengenai perbezaan diantara mereka, menjalinkan perdamaian adalah lebih baik untuk mereka. Mementingkan diri sendiri itu adalah sifat manusia, jika kamu berbuat baik dan menjalani kehidupan yang benar, sesungguhnya, Allah Amat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.