Al-Quran 4:18 — Perempuan (Al-Nesa')
Tidak akan diterima taubat seseorang yang melakukan dosa sampai kematian menemui mereka, lalu berkata, "Sekarang aku bertaubat." Tidak juga diterima taubat dari orang yang mati didalam keingkaran. Untuk mereka ini, kami akan siapkan mereka dengan siksaan yang pedih.
[4:17] Allah menerima taubat seseoarang yang melakukan dosa kerana kejahilan kemudian segera bertaubat selepas itu. Maka Allah mengampunkan dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[4:19] Wahai orang orang yang percaya, tidaklah halal untuk kamu mewarisi apa apa yang ditinggalkan oleh perempuan perempuan kamu tanpa kerelaan mereka. Tidak boleh kamu memaksa mereka memulangkan apa apa yang telah kamu berikan kepada mereka, melainkan jika terbukti yang mereka ada melakukan zina. Kamu mestilah melayan mereka dengan baik. Jika kamu tidak menyukai mereka, mungkin juga Allah telah menempatkan banyak kebaikan terhadap apa apa yang kamu tidak sukai itu.