Al-Quran 9:59 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Mereka seharusnya berpuas hati dengan apa yang Allah dan rasulNya telah berikan kepada mereka. Sepatutnya mereka berkata, "Cukuplah Allah untuk kami. Allah akan memberikan kepada kami dari segala pemberianNya, begitu juga dengan rasulNya. Kami hanya memohon kepada Allah saja."
[9:58] Sesetengah dari mereka mengkritik pendermaanmu; jika mereka diberikan darinya, mereka berpuas hati, tetapi jika mereka tidak mendapatkan bahagian itu, mereka menjadi penentang.
[9:60] Segala derma derma mestilah diberikan kepada orang orang miskin, yang berkeperluan, pekerja pekerja yang memungut mereka, mu'alaf mu'alaf yang baru, untuk membebaskan hamba hamba, juga orang orang yang memikul beban pembelanjaan dengan tiba tiba kerana Allah, dan kepada pengembara yang tidak dikenali. Demikianlah perintah perintah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.