Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 91: Matahari (Al-Shams)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[91:1] Demi matahari apabila ianya menerang.

[91:2] Bulan yang mengikutinya.

[91:3] Siang hari yang mendedahkan.

[91:4] Malam yang menutup.

[91:5] Langit dan Dia yang membinakannya.

[91:6] Bumi dan Dia yang mengekalkan.

[91:7] Roh dan Dia yang menciptanya.

[91:8] Lalu ditunjukinya apa yang jahat dan apa yang baik.

[91:9] Berjayalah sesiapa yang membersihkannya.

[91:10] Gagallah sesiapa yang tidak mempedulikannya.

[91:11] Thamud tidak percaya lalu menjadikan mereka melampaui batasan.

[91:12] Mereka mengikuti yang paling jahat dari kalangan mereka.

[91:13] Rasul Allah berkata kepada mereka, "Ini adalah unta Allah; biarkanlah dia minum."

[91:14] Mereka mengingkarinya dan menyembelihnya. Lalu Tuhan mereka membalas mereka kerana dosa dosa mereka dan menghapuskan mereka.

[91:15] Namun demikian, orang orang yang datang sesudah mereka masih tetap tidak mempedulikan.