Surah 58: Perdebatan (Al-Mujaadalah) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 6:59
Surah 58: Perdebatan (Al-Mujaadalah)
[58:1] Allah telah mendengar wanita yang berdebatan denganmu berkenaan suaminya, dan telah mengadukan kepada Allah. Allah mendengarkan segala galanya yang kamu berdua membincangkan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[58:2] Orang orang diantara kamu yang telah berpisah dengan isteri isteri mereka ( kenyatan dengan melarangkan perhubungan sek dengan mereka) seperti ibu ibu mereka sendiri sedangkan mereka tahu benar bahwasanya mereka itu bukanlah ibu ibu mereka. Ibu ibu mereka adalah wanita wanita yang telah melahirkan mereka. Sebenarnya, mereka telah mengkomitkan satu kekufuran dan kepalsuan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
[58:3] Sesiapa yang telah memisahkan diri dengan isteri isteri mereka dalam keadaan begini, dan berbaik semula selepas itu, mestilah menebus dengan membebaskan seorang hamba sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka semula. Ini adalah untuk menyedarkan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.
[58:4] Jika kamu tidak mendapatkan hamba untuk dibebaskan, kamu mestilah berpuasa dua bulan berturut turut sebelum mengadakan perhubungan seks semula. Jika kamu tidak boleh berpuasa, maka kamu mestilah memberikan makan kepada enam puluh orang orang miskin. Kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya. Ini adalah undang undang Allah. Orang orang yang ingkar akan dikenakan hukuman yang menyakitkan.
[58:5] Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, pasti dikalahkan seperti rakan seperjuangan mereka yang terdahulu yang telah dikalahkan. Kami telah turunkan bukti bukti yang jelas, dan penentang penentang telah dikenakan hukuman yang memalukan.
[58:6] Harinya akan tiba apabila Allah akan membangkitkan mereka semua, lalu diberitahukan kepada mereka akan segala apa yang telah mereka lakukan. Allah telah merekodkan segala galanya, sementara mereka telah melupakannya. Sesungguhnya, Allah yang menyaksikan segala sesuatu.
[58:7] Tidakkah kau sedar yang Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi? Tidak tiga orang yang dapat berkomplot secara rahsia dengan tidak Dia menjadi yang keempat, dan tidak juga lima dengan tidak Dia menjadi yang keenam, dan tidak juga kurang dari itu, dan tidak juga lebih, dengan tidak Dia berada disana bersama sama mereka dimana saja mereka berada. Lalu, pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memberitahukan mereka akan segala apa yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, Allah amatlah sedar akan segala sesuatu.
