Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 22: Menunaikan Haji (Al-Hajj) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 22: Pilgrimage (Al-Hajj)

YouTube · 19:01

Surah 22: Menunaikan Haji (Al-Hajj)

[22:1] Wahai manusia, kamu mestilah memuliakan Tuhan kamu, kerana gegaran pada Waktu itu adalah sesuatu yang amat dahsyat sekali.

[22:2] Dihari yang kamu menyaksikannya, bahkan ibu yang menyusukan akan membuangkan bayinya, dan ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya. Kamu akan melihat yang manusia itu terhuyung hayang, seolah olah mereka sedang kemabukan,walaupun mereka itu tidak mabuk. Ini kerana, hukuman Allah amatlah menggerunkan.

[22:3] Diantara manusia, ada orang orang yang bertengkar tentang Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang durhaka.

[22:4] Ini telah didekrikan sesiapa yang menjadikan dirinya pihak berikatan dengannya, dia akan menyesatkannya dan membimbingnya kepada penderitaan Neraka.

[22:5] Wahai manusia, jika kamu ada sebarang keraguan berkenaan kebangkitan, (ingatlah) kami menciptakan kamu dari debu, dan diikuti dengan cecair yang halus, dimana ianya bertukar menjadi satu gantungan (embrio), dan ianya menjadi fetus yang diberikan nyawa ataupun tidak bernyawa. Lantas kami terangkan perihal sesuatu kepada kamu. Kami berikan didalam rahim rahim apa saja yang kami kehendaki buat masa yang telah ditetapkan. Maka kami pun membawa kamu keluar sebagai bayi bayi, kemudian kamu menjadi dewasa. Sementara sebahagian dari kamu mati semasa muda, yang lainnya hidup sampai keumur yang lanjut, hanyalah untuk mengetahui tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang boleh dicapai dengan berlebihan dari apa yang telah ditentukan. Begitu juga, kamu lihat kepada bumi yang mati, apabila saja kami cucurinya dengan air, ianya menggegar dengan kehidupan dan menumbuhkan bermacam jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.

[22:6] Ini membuktikan bahwa Allah itu adalah Benar, dan Dialah yang menghidupkan semula yang sudah mati, dan sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.

[22:7] Dan bahawasanya Waktu itu akan mendatang, tidak ada keraguan tentangnya, dan Allah akan membangkitkan orang orang yang didalam kubur kubur.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 22