Surah 32: Sujud (Al-Sajdah) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 6:16
Surah 32: Sujud (Al-Sajdah)
[32:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim.)
[32:2] Buku yang tidak ada keraguan tentangnya, sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
[32:3] Mereka berkata, "Dia mengada adakannya." Sesungguhnya, ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu, untuk memberikan amaran kepada manusia yang tidak pernah menerima pemberi amaran sebelummu, supaya mereka mendapat bimbingan.
[32:4] Allah Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya selama enam hari, dan memegang kesemua autoriti. Kamu tidak mempunyai apa pun disampingNya sebagai Tuhan, dan tidak juga bagi kamu mempunyai seorang perantara. Tidakkah kamu mahu mengambil perhatian?
[32:5] Segala urusan adalah dikuasai olehNya dari cekrawala dan bumi. KepadaNya, sehari adalah bersamaan seribu tahun kamu.
[32:6] Yang Mengetahui segala gala rahsia dan pengumuman; Yang Maha Kuat Lagi Maha Penyayang.
[32:7] Dia Sahajalah yang menyempurnakan setiap suatu ciptaanNya, dan memulakan dengan menciptakan manusia dari tanah liat.
