Surah 26: Penyair Penyair (Al - Shu'ara') — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 19:20
Surah 26: Penyair Penyair (Al - Shu'ara')
[26:1] T. S. M. (Tha. Seen. Mim.)
[26:2] (Huruf huruf) ini mengandungi bukti bukti kitab yang jelas ini.
[26:3] Kau mungkin akan menyalahkan dirimu kerana mereka itu bukannya orang orang yang percaya.
[26:4] Jika kami kehendaki, kami boleh turunkan dari langit suatu tanda yang memaksakan leher leher mereka supaya tunduk.
[26:5] Apabila saja peringatan dari yang Maha Pengasih datang kepada mereka, iaitu yang baru, mereka berpaling dengan kebencian.
[26:6] Oleh sebab mereka mengingkarkannya, mereka telah menerima akibatnya kerana kelalaian mereka.
[26:7] Tidakkah mereka melihat akan bumi, dan berbagai bagai rupa tumbuh tumbuhan yang cantik cantik telah kami tumbuhkan diatasnya?
