Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 61: Barisan (Al-Suff) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 61: The Column (Al-Suff)

YouTube · 3:19

Surah 61: Barisan (Al-Suff)

[61:1] Mengagungkan Allah adalah segala galanya sekelian cekrawala dan dan segala gala yang ada dibumi. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[61:2] Wahai kamu yang percaya, mengapa tidak kamu lakukan apa yang telah kamu katakan?

[61:3] Yang paling terkeji disisi Allah adalah apa yang kamu katakan tetapi tidak melakukannya.

[61:4] Allah mencintai orang orang yang berjuang keranaNya bersatu dalam satu barisan, sebagai batu batu bata didalam sebuah dinding.

[61:5] Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, mengapa mesti kamu melukaiku, walaupun kamu tahu yang aku ini adalah rasul Allah kepada kamu?" Apabila mereka telah sesat, Allah palingkan hati hati mereka. Kerana Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

[61:6] Ingatlah apabila Isa, anak lelaki Maryam, berkata, "Wahai Bani Israil, aku adalah rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat dan membawa berita berita baik bagi kedatangan seorang rasul selepasku yang namanya akan menjadi lebih lagi dipuji (Ahmad)." Lalu, apabila dia menunjukkan mereka bukti bukti yang jelas, mereka berkata, "Ini adalah magik yang nyata."

[61:7] Siapakah yang paling jahat dari orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah, dan dia telah diundang untuk menyerahkan diri (kepada Allah)? Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing orang orang yang jahat.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 61