Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 18: Gua (Al-Kahf) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 18: The Cave (Al-Kahf)

YouTube · 24:58

Surah 18: Gua (Al-Kahf)

[18:1] Kepujian bagi Allah, yang menurunkan kitab ini kepada hambaNya, dan dijadikannya dengan tidak ada sedikit pun kecacatan.

[18:2] Penuh dengan kesempurnaan (kitab) untuk memberi amaran akan hukuman yang azab dariNya, dan untuk menyampaikan berita berita baik kepada orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar, sesungguhnya mereka telah menerima ganjaran yang amat mewah.

[18:3] Dimana didalamnya mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.

[18:4] Dan untuk memberi amaran kepada orang orang yang mengatakan, "Allah telah mempunyai seorang anak lelaki!"

[18:5] Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ini, tidak juga ibu bapa ibu bapa mereka. Betapa kufurnya apa yang dikeluar dari mulut mulut mereka! Apa yang dicakapkan oleh mereka itu adalah satu kebohongan yang besar.

[18:6] Engkau mengkin akan menyalahkan dirimu kerana cara mereka telah merespons kepada hadis ini, dan keingkaran mereka terhadapnya; mungkin juga engkau akan merasa sedih.

[18:7] Kami telah menghiasi segala galanya dibumi, demi untuk mencuba mereka, dan lantas, membezakan siapakah diantara mereka yang mengerjakan amalan yang baik.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 18