Surah 47: Muhammad (Muhammad) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 8:20
Surah 47: Muhammad (Muhammad)
[47:1] Orang orang yang ingkar dan yang berpaling dari jalan Allah, Dia akan membatalkan kerja kerja mereka.
[47:2] Orang orang yang percaya dan mengerjakan kerja kerja yang benar, dan percaya kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad - yang mana adalah kebenaran dari Tuhan mereka - Dia akan menghilangkan dosa dosa mereka, dan merahmati mereka dengan rasa puas hati.
[47:3] Ini adalah kerana orang orang yang ingkar telah mengikuti kepalsuan, sementara orang orang yang percaya telah mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Lantas Allah menunjukkan kepada manusia, contoh tauladan melalui mereka.
[47:4] Jika kamu bertemu (didalam peperangan) dengan orang orang yang ingkar, kamu boleh memukul dileher leher. Jika kamu menawan mereka sebagai orang orang tawanan kamu bolehlah membebaskan mereka ataupun menahan mereka sebagai orang tebusan, sehinggakan peperangan tamat. Kalau Allah kehendaki, Dia tentunya dapat memberikan kamu kemenangan, dengan tidak payah berperang. Tetapi Dia lantas mencubakan kamu dengan satu sama lain. Bagi orang orang yang terbunuh dijalan Allah, Dia tidak akan pernah membiarkan pengorbanan mereka itu tersia sia.
[47:5] Dia akan membimbing mereka, dan merahmati mereka dengan rasa puas hati.
[47:6] Dia akan memasukkan mereka kedalam Syurga, yang telah Dia jelaskan kepada mereka.
[47:7] Wahai kamu yang percaya, jika kamu menyokong Allah, Dia akan membantu kamu, dan menguatkan kedudukan kamu.
