Surah 41: Perincian (Fussilat) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 13:17
Surah 41: Perincian (Fussilat)
[41:1] H. M. (Ha Mim.)
[41:2] Sebuah revelasi dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[41:3] Sebuah kitab yang ayat ayatnya mengandungi kesempurnaan dan terperinci, didalam Quran yang berbahasa Arab, bagi manusia yang tahu.
[41:4] Pembawa bagi berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran. Bagaimana pun, kebanyakan dari mereka berpusing balik; mereka tidak mahu mendengarkan.
[41:5] Mereka berkata, "Minda minda kami telah tetap, telinga telinga kami telah menjadi tuli dengan mesej, dan penghalang telah memisahkan kami darimu. Buatlah apa saja yang kau mahu, dan begitu juga dengan kami."
[41:6] Katakanlah, "Aku tidak lebih dari seorang manusia seperti kamu, yang telah diinspirasikan bahwa Tuhan kamu adalah tuhan yang Esa. Kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu kepadaNya sahaja, dan mintalah pengampunanNya. Malang sungguh bagi penyembah penyembah pujaan.
[41:7] "Yang tidak memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan berkenaan Akhirat, mereka orang orang yang mengingkarkan."
