Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 29: Laba Laba (Al-'Ankaboot) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 29: The Spider (Al-'ankaboot)

YouTube · 14:58

Surah 29: Laba Laba (Al-'Ankaboot)

[29:1] A. L. M. (Alif. Lam. Mim.)

[29:2] Adakah manusia itu berfikir yang mereka hanya dibiarkan saja untuk berkata, "Kami percaya," dengan tidak diberikan ujian?

[29:3] Kami telah mencuba orang orang yang sebelum mereka, kerana Allah hendak membezakan orang orang yang benar, dan Dia hendak mendedahkan mereka yang pembohong.

[29:4] Adakah orang orang yang mengkomit dosa dosa berfikir yang mereka itu akan dapat memperbodoh bodohkan kami? Salah sungguh pengadilan mereka.

[29:5] Sesiapa saja yang berharapkan untuk bertemu dengan Allah, (mestilah ketahui) pertemuan yang sedemikian dengan Allah pasti sekali akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[29:6] Sesiapa yang berjuang, berjuang kerana kebaikan mereka sendiri. Sesungguhnya, Allah tidak memerlukan sesiapa pun.

[29:7] Sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, pasti sekali kami akan menghapuskan dosa dosa mereka, dan pasti sekali akan memberikan mereka ganjaran yang melimpah kerana pekerjaan pekerjaan baik yang mereka lakukan.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 29