Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 65: Perceraian (Al-Talaaq) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 65: Divorce (Al-Talaaq)

YouTube · 4:20

Surah 65: Perceraian (Al-Talaaq)

[65:1] Wahai engkau nabi, apabila kau orang menceraikan perempuan perempuan (isteri isteri), kau mestilah pastikan yang masa penungguan penceraian dipenuhkan. Kau mestilah mengira masa penungguannya dengan tepat. Kau mestilah menghormati Allah Tuhanmu. Janganlah mengusir mereka keluar dari rumah rumah mereka, dan jangan juga kau menjadikan kehidupan mereka menderita, untuk memaksakan mereka keluar rumah dengan sendirinya, melainkan jika terbukti yang mereka itu mengkomit zina. Ini adalah undang undang dari Allah. Sesiapa yang keterlaluan dengan undang undang Allah telah mengkomit ketidak adilan terhadap dirinya sendiri. Mana kamu tahu; mungkin Allah kehendaki suatu kebaikan akan datang daripada ini.

[65:2] Apabila saja masa penungguannya telah selesai, kamu bolehlah berbaik semula dengan mereka dengan seksama, ataupun meneruskan penceraian dengan seksama. Kamu mestilah mengadakan dua orang saksi yang adil untuk mengadili perceraian dihadapan Allah. Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Sesiapa saja yang menghormati Allah, Dia akan menciptakan jalan keluar untuknya.

[65:3] Dan akan mengadakan untuknya dari apa yang dia tidak pernah jangkakan. Sesiapa yang percayakan Allah, Dia sahaja cukuplah untuknya. Perintah perintah Allah telah terlaksana. Allah telah mendekrikan segala galanya adalah nasib.

[65:4] Bagi perempuan perempuan yang telah putus haid, jika kamu mempunyai keraguan, masa penungguannya mestilah tiga bulan. Bagi mereka yang tidak mempunyai haid, dan mendapati yang mereka itu mengandung, masa penungguannya berakhir selepas melahirkan anak. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menjadikan segalanya mudah untuknya.

[65:5] Ini adalah perintah perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menebuskan dosa dosanya, dan menganugerahkannya dengan mewah.

[65:6] Kamu mestilah mengizinkan mereka tinggal dirumah yang sama yang mana mereka pernah tinggal bersama sama kamu, dan janganlah menjadikan kehidupan mereka menderita supaya mereka keluar dengan sendirinya. Jika mereka itu mengandung, kamu mestilah membelanjakan untuk mereka sehingga mereka melahirkan anak. Jika mereka memelihara bayi itu, kamu mestilah membayar mereka servis ini. Kamu mestilah megadakan perhubungan yang baik diantara kamu. Jika kamu tidak bersetuju, kamu bolehlah membayar perempuan lain untuk memelihara bayi itu.

[65:7] Suami yang kaya mestilah memberikan sokongan mengikut kemampuannya, dan yang miskin pula mestilah memberi mengikut kemampuan yang Allah telah kurniakan kepadanya. Allah tidak pernah memaksakan sebarang roh lebih dari apa yang telah Dia berikan. Allah akan mengadakan kemudahan sesudah kesusahan.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 65