Surah 72: Jin (Al-Jinns) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 4:20
Surah 72: Jin (Al-Jinns)
[72:1] Katakanlah, "Aku telah diinspirasikan yang segolongan para jin mendengarkan, lalu berkata, 'Kami telah mendengar sebuah Quran yang amat hebat.
[72:2] " 'Ianya membimbing kepada kebenaran, dan kami telah percaya kepadanya; kami tidak akan mengada adakan pujaan pujaan disamping Tuhan kami.
[72:3] " 'Yang Maha Tinggi adalah Tuhan kami sahaja. Dia tidak pernah mempunyai pasangan mahupun seorang anak lelaki.
[72:4] " 'Ianya adalah yang bodoh diantara kami yang pernah melafazkan kata kata yang tidak bermakna berkenaan Allah.
[72:5] " 'Kami berfikir tiada dari manusia, tidak juga dari para jin, akan berani melafazkan kebohongan terhadap Allah.
[72:6] " 'Manusia pernah mencari kekuasaan melalui makhluk jin, tetapi mereka hanyalah mengenakan banyak penderitaan.
[72:7] " 'Mereka berfikir, seperti mana yang kamu fikirkan, yang Allah tidak akan menghantarkan (rasul) lagi.
