Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 6: Binatang Ternakan (Al-An 'am) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 6, Livestock (Al-an`Ãm)

YouTube · 44:13

Surah 6: Binatang Ternakan (Al-An 'am)

[6:1] Segala kepujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekelian cekrawala dan bumi, dan yang menjadikan gelap kepada terang. Masih juga, mereka yang ingkar dengan Tuhan mereka itu berterusan menyeleweng daripada jalan yang benar.

[6:2] Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, dan telah dipastikan lebih dahulu masa ketentuan ajal kamu, hanya Dia sahajalah yang mengetahui tempuh ajal kamu. Masih juga kamu berterusan meraguinya.

[6:3] Dialah Allah yang Maha Esa bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia tahu rahsia kamu dan apa apa yang kamu umumkan, dan Dia sahajalah yang mengetahui segala apa apa yang kamu perolehi.

[6:4] Walaupun berbagai bukti yang telah datang kepada mereka dari Tuhan mereka, Tetap juga mereka berpaling dengan kebencian.

[6:5] Oleh kerana mereka mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada mereka, maka siksaan telah menimpa mereka kerana mengabaikannya.

[6:6] Tidakkah mereka mengambil kira berapa banyak keturunan sebelum mereka yang telah kami hapuskan? Kami menempatkan mereka dibumi ini lebih daripada kami adakan untuk kamu, dan kami cucuri rahmat diatas mereka dengan banyaknya, dan kami mengadakan untuk mereka air sungai sungai yang mengalir. Lantas kami hapuskan mereka kerana dosa dosa mereka, dan kami menggantikan mereka dengan generasi yang lain ditempat mereka.

[6:7] Meskipun jika kami menurunkan buku fizikal, yang tertulis diatas kertas, dan mereka memegangnya dengan tangan tangan mereka sendiri, mereka yang ingkar itu tetap juga akan berkata, "Ini tidak lain hanyalah magik yang pintar."

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 6