Surah 6: Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[6:1] Segala kepujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekelian cekrawala dan bumi, dan yang menjadikan gelap kepada terang. Masih juga, mereka yang ingkar dengan Tuhan mereka itu berterusan menyeleweng daripada jalan yang benar.
[6:2] Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, dan telah dipastikan lebih dahulu masa ketentuan ajal kamu, hanya Dia sahajalah yang mengetahui tempuh ajal kamu. Masih juga kamu berterusan meraguinya.
[6:3] Dialah Allah yang Maha Esa bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia tahu rahsia kamu dan apa apa yang kamu umumkan, dan Dia sahajalah yang mengetahui segala apa apa yang kamu perolehi.
[6:4] Walaupun berbagai bukti yang telah datang kepada mereka dari Tuhan mereka, Tetap juga mereka berpaling dengan kebencian.
[6:5] Oleh kerana mereka mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada mereka, maka siksaan telah menimpa mereka kerana mengabaikannya.
[6:6] Tidakkah mereka mengambil kira berapa banyak keturunan sebelum mereka yang telah kami hapuskan? Kami menempatkan mereka dibumi ini lebih daripada kami adakan untuk kamu, dan kami cucuri rahmat diatas mereka dengan banyaknya, dan kami mengadakan untuk mereka air sungai sungai yang mengalir. Lantas kami hapuskan mereka kerana dosa dosa mereka, dan kami menggantikan mereka dengan generasi yang lain ditempat mereka.
[6:7] Meskipun jika kami menurunkan buku fizikal, yang tertulis diatas kertas, dan mereka memegangnya dengan tangan tangan mereka sendiri, mereka yang ingkar itu tetap juga akan berkata, "Ini tidak lain hanyalah magik yang pintar."
[6:8] Mereka juga berkata, "Kalaulah malaikat dapat turun bersama dia!" kalau sudah kami menghantarkan melaikat, semua perkara akan ditamatkan, dan mereka tidak akan dapat diberikan penangguhan lagi.
Keperluan Untuk Menghadapi Percubaan.
[6:9] Kalaupun jika kami menghantarkan malaikat, sudah tentu akan kami menghantarkannya sebagai seorang lelaki, dan akan kami jadikan mereka semua dalam keadaan kekeliruan sebagaimana yang mereka telahpun terkeliru diwaktu ini.
[6:10] Para rasul sebelum engkau telah dijadikan bahan cemuhan. Mereka yang mempersendakan para rasul itulah yang menerima penghinaan diatas perbuatan mereka.
[6:11] Katakan, "Cubalah jelajah dimuka bumi ini dan lihatlah akibat yang telah menimpa orang orang yang mengingkarkannya."
[6:12] Katakanlah, "Kepunyaan siapakah apa apa yang ada disekelian cekrawala dan dibumi?' Katakan, "Kepunyaan Allah." Dia telah mendekrikan yang belas kasihNya adalah salah satu dari sifatNya. Dia akan tetap mengumpulkan kamu kesemuanya diHari Kebangkitan kelak, yang mana harinya tidak dapat dielakkan lagi. Mereka yang kehilangan roh roh mereka itulah dari kalangan orang orang yang ingkar.
[6:13] KepunyaanNya segala yang mendiami ditempat tempat tinggal pada waktu malam dan siang. Sesungguhnya Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[6:14] Katakanlah, "Mestikah aku mengambil selain dari Allah sebagai Tuhan dan Tuan, sedangkan Dia sahaja Pencipta bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan Dia yang memberi makanan bukannya diberikan?" Katakan, "Aku telah diperintahkan untuk menumpukan diriku dengan sepenuh penyerahan, dan , 'Tidak sekali kali menyekutukan (Allah).'"
[6:15] Katakanlah, "Aku takut, jikalau aku menentang Tuhanku, akan ditimpakan siksaan pada hari yang amat menggerunkan.
[6:16] "Siapa yang dikecualikan (hukuman),pada hari itu, telah mendapat belas kasih dariNya. Dan ini adalah satu kemenangan yang paling besar."
Hanya Allah Yang Menguasai Kebahagiaan.
[6:17] Jika Allah mengenakan kesusahan kepada kamu, tidak ada siapa dapat meringankannya melainkan Dia. Dan jika Dia mengurniakan rahmatNya kepada kamu, sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.
[6:18] Dialah yang Maha Tinggi dari segala ciptaanNya. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Quran, Hanya Quran, Dan Tidak Ada yang Lain Melainkan Quran Sahaja.
[6:19] Katakanlah, "Testimoni siapakah yang amat agung?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia menjadi saksi diantara aku dan engkau yang Quran ini telah diinspirasikan kepadaku, untuk menyampaikannya kepada kamu dan sesiapa sahaja yang mendapatkannya. Sesungguhnya, engkau pula yang bersaksikan dengan tuhan tuhan lainnya disisi Allah." Katakanlah, "Aku tidak akan memberikan keterangan seperti kamu; hanya satu tuhan sahaja, dan aku tidak akan akui persekutuan kamu.
[6:20] Kepada siapa yang telah kami berikan kitab mengenalinya sepertimana mereka mengenal anak anak mereka sendiri. Mereka yang kehilangan roh roh mereka itulah yang ingkar.
[6:21] Siapakah yang lebih zalim dari mereka yang membuat kebohongan terhadap Allah, ataupun mengingkari revelasi revelasiNya? Orang orang yang melampaui batas itu tidak akan berjaya.
Orang Orang Yang Menyekutukan (Allah) Menafikan Penyekutuannya.
[6:22] Pada hari dimana kami akan kumpulkan kesemuanya, kami akan tanyakan kepada yang menyekutukan, "Dimana pujaan pujaan yang kamu ada adakan?"
[6:23] Kecelakaan dapat dirasai oleh mereka dengan jawapan yang diutarakan, "Demi Allah Tuhan kami, kami bukanlah yang menyekutukan."
[6:24] Lihatlah betapa mereka berbohong dengan diri diri mereka sendiri, dan bagaimana sekutu sekutu yang mereka ada adakan itu telah meninggalkan mereka.
[6:25] Ada diantara mereka yang mendengarkan kamu, tetapi kami letakkan penudung menutupi hati hati mereka daripada memahaminya, dan ketulian dipendengaran mereka. Lantas bagaimana bukti pun yang mereka lihat, mereka tidak akan percaya. Maka apabila mereka datang untuk berdebatan dengan kamu, orang orang yang ingkar itu akan berkata, "Ini adalah sejarah masa yang lampau."
[6:26] Mereka melarang yang lainnya dari ini (Quran), sebagaimana mereka sendiri yang menjauhkan diri diri mereka darinya, lantas mereka hanya membinasakan diri diri mereka sendiri dengan tidak memahaminya.
[6:27] Jika kamu dapat melihat mereka ketika mereka menghadapi Api Neraka! Lantas! mereka akan mengatakan, "Celakalah kami. Oh! kami ingin kalau kami dapat dikembalikan, dan tidak akan pernah ingin menginkari revelasi revelasi Allah, dan akan kami bersama sama dengan orang orang yang percaya."
[6:28] Sebenarnya, (mereka hanya berkata demikian kerana) rahsia mereka telah terbongkar. Jika mereka dapat kembali, mereka akan melakukan persis sama dengan yang dulunya. Merekalah orang orang yang pembohong.
[6:29] Mereka berkata (minda separa sedar), "Kami hanya menempuh kehidupan ini saja; kami tidak akan dibangkitkan semula."
[6:30] Jika dapat kami perhatikan mereka apabila mereka berdiri didepan Tuhan mereka! Dia akan bertanya, "Adakah ini bukan kebenaran?" Mereka akan menjawab, "Benar Tuhan kami." Dia akan berkata, "Kamu telah menerima siksaan kerana kamu mengingkarinya."
[6:31] Kerugian sekali bagi sesiapa yang tidak percaya akan bertemu dengan Allah, Dan Waktu yang didatangkan kepada mereka dengan tiba tiba, dan mereka berkata, "Kami sungguh menyesal kerana telah mensia siakan kehidupan kami didunia ini." Mereka akan mengangkat bebanan dosa dosa mereka dibelakang mereka; betapa azabnya bebanan itu!
Mengaturkan Semula Keutamaan Kita.
[6:32] Kehidupan didunia ini hanyalah tidak lebih dari illusi dan bermegah megah, sementara tempat diAkhirat jauh lebih baik lagi bagi orang orang yang benar. Tidakkah kamu faham?!
[6:33] Kami tahu yang kau akan merasa sedih dari apa yang mereka katakan. Kau mesti tahu bukannya kau yang mereka ingkarkan; bahkan revelasi revelasi Allah yang orang orang zalim itu tidak memperdulikan.
[6:34] Para rasul sebelum kau pun telah diingkarkan, mereka sabar dan tabah hati mengadapi keingkaran itu. Mereka telah dianiayai sehinggakan kemenangan kami datang kepada mereka. Itulah sistem Allah yang tidak pernah berubah. Riwayat para rasul kami lantas menjadikan duluan untuk kamu.
[6:35] Jika keingkaran mereka menjadikan terlalu sangat bagi kamu, kamu mesti ketahui jika kamu menggalikan terowong melalui bumi, ataupun memanjat tangga sampai kelangit, dan menunjukkan mukjizat kepada mereka sekalipun (mereka tidak akan mahu percaya). Jika Allah kehendaki, Dia boleh membimbing mereka, dengan sepenuhnya. Dari itu, janganlah berperangai seperti orang orang jahil.
[6:36] Hanya orang orang yang menjawab sahajalah yang mendengarkan. Allah yang membangunkan orang yang mati; dan mereka akhirnya dipulangkan kepadaNya.
[6:37] Mereka berkata, "Jika boleh tanda tanda yang tertentu diturunkan kepadanya dari Tuhan dia!" Katakanlah, "Allah berkebolehan menghantarkan tanda tanda tetapi mereka sahaja yang tidak tahu."
Binatang Binatang Dan Burung Burung : Haiwan Yang Menyerah Tunduk Kepada Tuhan.
[6:38] Kesemuanya haiwan dibumi, and kesemua burung burung yang berterbangan dengan kepak kepak adalah komuniti seperti kamu. Kami tidak tinggalkan suatu apapun dari kitab ini. Kepada Tuhan mereka, semua haiwan haiwan ini akan dikumpulkan.
Mukjizat Yang Terbesar Di-Dalam Quran.
[6:39] Siapa yang mengingkarkan bukti bukti kami adalah orang orang yang pekak dan bisu, mereka berada didalam kegelapan yang amat sangat. Sesiapa sahaja yang Allah kehendaki, Dia biarkan didalam kesesatan, dan sesiapa sahaja yang dikendakiNya, Dia akan membimbing mereka kejalan yang lurus.
[6:40] Katakanlah, "Apa akan jadi sekiranya hukuman Allah datang kepada kamu, ataupun Waktu itu didatangkan kepada kamu: Dapatkah kamu berseru Tuhan selain Allah, jika kamu sememangnya yang benar?"
[6:41] Yang sebenarnya ialah: Hanya Dia yang kamu seru, dan Dia yang menjawab doa' kamu, Jika Dia menghendakinya, tentu kamu akan lupa pujaan kamu.
[6:42] Kami telah hantarkan (para rasul) kepada komuniti sebelum kamu, dan kami mencuba mereka dengan kesusahan dan kesukaran, supaya mereka dapat bermohon.
[6:43] Mereka hanya bermohon apabila percubaan kami mengena mereka! Tetapi hati hati mereka bertambah keras, dan syaitan menghiaskan keindahan dimata mata mereka diatas kerja kerja mereka.
Sistem
[6:44] Apabila mereka tidak memperdulikan mesej yang kami berikan kepada mereka, kami bukakan untuk mereka pintu pintu pagar yang bermacam anika. Dan, baru sahaja mereka bersuka ria dengan apa apa yang diberikan kepada mereka, kami menghukum mereka dengan tiba tiba; mereka terperanjat dengan tidak dapat berkata kata.
[6:45] Mereka yang zalim itupun dihapuskan. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Allah Sahajalah Yang Patut Di-Sembah.
[6:46] Katakanlah, "Apa akan jadi jika Allah mengambil pendengaran dan penglihatan kamu, dan tutup minda kamu; tuhan mana selain Allah, dapat memulihkan kesemuanya ini untuk kamu?" lihatlah bagaimana kami terangkan revelasi revelasi kami, dan lihatlah bagaimana mereka menyeleweng.
[6:47] Katakanlah, "Apa akan jadi jika hukuman Allah datang kepada kamu dengan tiba tiba, ataupun selepas pemberitahuan, bukankah orang orang yang zalim itulah yang akan dihapuskan?"
Tugas Bagi Para Rasul.
[6:48] Kami tidak menghantarkan para rasul melainkan untuk menyampaikan berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran. Sesiapa yang percaya dan membaiki diri tidak ada apa yang mesti ditakutkan, dan tidak juga mereka harus bersedih.
[6:49] Bagi sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi kami, mereka akan menerima hukuman kerana kezaliman mereka sendiri.
[6:50] Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu yang aku mempunyai harta dari Allah. dan tidak juga aku mengetahui apa apa untuk masa depan. Tidak juga aku mengatakan kepada kamu yang aku ini malaikat. Aku hanyalah mengikut apa yang disampaikan kepadaku." Katakanlah, "Adakah sibuta sama dengan yang celik? Tidakkah kamu mahu merenungkan?"
[6:51] Dan ajarkanlah dengan (Quran) ini kepada sesiapa yang mengingati hari yang akan dikumpulkan kesemuanya dihadapan Tuhan mereka - mereka tidak ada selain Dia sebagai Tuhan dan Tuan, tidak juga penjamin ? yang mereka boleh mendapatkan keselamatan.
[6:52] Dan janganlah kamu mengenepikan mereka yang bermohon kepada Tuhan mereka siang dan malam ,semata mata untuk mengabdikan diri diri mereka kepadaNya sahaja. Kamu tidak bertanggungjawab diatas pendapatan mereka, dan juga mereka tidak juga bertanggungjawab diatas pendapatan kamu. Jika kamu mengenepikan mereka, maka kamu adalah orang orang yang melampaui batas.
[6:53] Kami lantas mencuba manusia antara satu dengan yang lainnya, untuk membiarkan mereka berkata (mengejek), "Adakah ini manusia diantara kita yang dirahmati Allah?" "tidakkah Allah menyedari siapa yang tidak tahu bersyukur?
[6:54] Bagi sesiapa yang percaya dengan revelasi revelasi kami datang kepada kamu, kamu mesti berkata, "Salamun 'Alaikum (Kesejahteraan bagi kamu).Tuhan kamu telah mendekrikan yang penyayang adalah sifatNya. Lantas, sesiapa dari kamu yang membuat kejahatan dalam kejahilan, dan bertaubat selepas itu dan membaikikan diri, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[6:55] Kami lantas menerangkan revelasi revelasi kami, dan tunjukkan kesalahan perjalanan orang orang yang zalim.
[6:56] Katakanlah, "Aku telah diharamkan dari menyembah apa yang kamu sembah selain dari Allah."Katakanlah, "Aku tidak akan mengikut pendapat pendapat kamu. Jika tidak, aku akan menjadi sesat, dan tidak akan mendapat penunjuk."
[6:57] Katakanlah, "Aku mempunyai bukti yang kukoh dari Tuhanku, dan kamu telah mengingkarinya, aku tidak menguasai hukuman yang kamu cabar aku untuk membawanya. Pengadilan terpulang kepada Allah sahaja. Dia mengatakan yang benar, dan Dialah hakim yang terbaik."
[6:58] Katakanlah, "Jika aku menguasai hukuman yang kamu cabarkan aku untuk membawanya, semua perkara akan diselesaikan dahulu lagi. Allah yang paling ketahui siapakah yang zalim ."
Allah Maha Berkuasa.
[6:59] DenganNya semua kunci kunci kepada segala rahsia rahsia; tidak ada sesiapa yang ketahui melainkan Dia. Dia tahu semuanya didaratan dan dilautan.Tidak ada satu daun pun yang jatuh tanpa pengetahuanNya. Dan tidak juga benih didalam tanah yang lembab. Tidak juga apa apa yang basah ataupun yang kering, yang tidak dapat dirakamkan didalam rekod yang nyata.
Kematian Dan Kebangkitan: Setiap Hari
[6:60] Dialah yang mematikan kamu pada malam hari, dan tahu walaupun sekecilnya akan gerak gaya kamu diwaktu siang hari. Dia bangkitkan kamu setiap pagi, sehingga akhir hayat kamu yang telah disempurnakan, Dan kepadaNyalah sahaja tempat yang terakhir untuk kamu akan dikembalikan. Maka Dia akan menyatakan kepada kamu apa apa yang kamu telah lakukan.
[6:61] Dialah yang Maha Agung dari segala makhlukNya, dan Dia juga akan melantik penjaga penjaga untuk melindungi kamu. Apabila masa yang ditentukan bagi ketibaan ajal kamu maka rasul rasul kami akan mematikan kamu dengan tidak berlengah lagi.
[6:62] Kesemuanya akan dikembalikan kepada Allah, Tuhan dan Tuan mereka yang sebenar. Pasti sekali, Dialah hakim yang terakhir; dan juga Dialah penghitung yang paling tepat.
[6:63] Katakanlah, "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari kegelapan didaratan ataupun dilautan?" Kamu memohon kepadaNya dengan kuat dan merahsiakannya: "Jika Dia selamatkan kami kali ini, kami akan sentiasa mensyukurinya."
[6:64] Katakanlah, "Allah menyelamatkan kamu kali ini, dan juga masa yang lain, tapi masih juga kamu menyekutukan Dia."
[6:65] Katakan, "Dia tentu sekali dapat menaburkan kepada kamu hukuman dari atas kamu dan juga dari bawah kaki kamu. Ataupun Dia boleh membahagikan kamu kepada puak puak dan merasakan kezaliman masing masing. Lihatlah bagaimana kami menerangkan revelasi revelasi kami, supaya dapat kamu memahaminya."
[6:66] Orang orang kamu telah mengingkarinya, walaupun ini adalah satu kebenaran. Katakanlah, "Aku bukanlah penjaga untuk kamu."
[6:67] Setiap ramalan buat sekarang ini tentu sekali akan berlalu, dan kamu semestinya akan dapat mengetahuinya.
Hormatilah Revelasi Revelasi Allah.
[6:68] Jika kamu melihat mereka yang mengejekkan revelasi revelasi kami, kamu mesti mengelakkan diri dari mereka sehingga mereka mengubahkan tajuk perbualan mereka. Jika syaitan membuatkan kamu terlupa, maka apabila saja kamu teringat, janganlah duduk bersama sama manusia yang berperangaikan syaitan.
[6:69] Orang orang yang benar tidak akan bertanggungjawab dengan perkataan mereka itu, tetapi ini akan dapat memberikan peringatan untuk mereka; boleh jadi mereka akan dapat diselamatkan.
[6:70] Jangan kamu pedulikan mereka yang mensia siakan agama mereka, seolah olah ini adalah perhimpunan sosial, dan yang penuh keasyikkan dengan kehidupan dunia. Dan ingatkanlah dengan (Quran) ini, supaya tidak ada satu roh pun akan menderita akhibat dari pekerjaan jahat yang diamalkan.Tidak ada lain disamping Allah sebagai Tuhan dan Tuan, dan tidak juga akan diadakan perantaraan. Kalaupun didapatkan tawaran sebagai penebus, tidak akan diterima darinya. Mereka akan menerima penderitaan akhibat dari kerja kerja jahat yang mereka usahakan; mereka akan meminum minuman dari Neraka, dan mereka akan mendapatkan hukuman yang dahsyat kerana keingkaran mereka.
[6:71] Katakanlah, "Mestikah kami memohon, disamping Allah, apa yang tidak mempunyai kekuasaan yang dapat memanfaatkan kami ataupun memudharatkan kami, dan berpaling dari tumit tumit kami setelah Allah yang telah membimbing kami? Jika demikian, kami akan mengikuti mereka yang dikawal oleh syaitan, dan memberi percakapan yang boleh mengelirukan, sementara kawan kawan mereka cuba menyelamatkan mereka: 'Tinggallah bersama kami yang menuju kejalan yang benar.'" Katakanlah, "Petunjuk Allah adalah petunjuk yang benar. Kami telah diperintahkan untuk menyerahkan diri diri kami kepada Tuhan semesta alam.
[6:72] "Dan untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan untuk mengingatiNya - Dialah Sahaja dimana kamu semua akan dikumpulkan (untuk diperhitungkan)."
[6:73] Dia Sahajalah yang menciptakan segala cekrawala dan bumi, dengan sebenarnya. Bila saja Dia berkata, "Jadi" maka jadilah. PerkataanNya sungguh benar. Semua kedaulatan dipunyai olehNya pada hari dimana terumpit akan ditiupkan. Dia yang Mengetahui segala rahsia rahsia dan pengumuman pengumuman. Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Perihatin.
Ibarahim Berdebat Dengan Orang Orang Yang Menyekutukan Tuhan.
[6:74] Ingatlah apabila Ibrahim berkata kepada bapanya Azer, "Kenapa mesti engkau menyembah patung patung sebagai tuhan tuhan? Aku tenguk yang engkau dan orang orang engkau itu telah tersesat jauh."
[6:75] Kami tunjukkan kepada Ibrahim segala nikmat yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan merahmatinya dengan rasa penuh kepastian:
[6:76] Apabila malam tiba, dia nampak planet yang bersinar. "Boleh jadi ini Tuhanku," Dia berkata. Apabila ianya menghilang, dia berkata, "Aku tidak suka kepada (tuhan tuhan) yang menghilang."
[6:77] Apabila dia melihat bulan mula naik, dia berkata,"Boleh jadi ini Tuhan aku!" Apabila ianya menghilang, dia berkata, "Melainkan jika Tuhanku membimbing aku, jika tidak aku akan bersama dengan orang orang yang sesat."
[6:78] Apabila dia melihat matahari mula naik, dia berkata, "Ini tentu sekali Tuhan aku. Ini yang paling besar." Tetapi apabila ianya terbenam, dia berkata, "Wahai orang orangku, aku kutuk penyembahan kamu.
[6:79] "Aku telah mengabdikan diriku sepenuhnya kepada yang Esa yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi; Aku tidak akan pernah menjadikan diriku supaya menyekutukan (Tuhan)."
[6:80] Orang orangnya bertengkar dengan dia. Dia berkata, "Adakah kamu bertengkar dengan aku berkenaan Allah, selepas Dia telah membimbing aku? Aku tidak takut dengan pujaan pujaan yang kamu ada adakan itu. Tidak ada apa yang akan terjadi kepada aku, melainkan itu semua adalah dengan kehendakNya jua. Ilmu pengetahuan Tuhanku meliputi kesemuannya. Tidakkah kamu semua mengambil perhatian?
[6:81] "Mengapa aku mesti takutkan pujaan pujaan kamu? Sepatutnya kamu yang mesti takut, kerana kamu menyembah selain Allah pujaan pujaan yang tidak boleh berkata kata dan tidak ada kuasa untuk menolong kamu. Yang mana satukah yang layak memberikan perlindungan, jika kamu ketahui?"
Perlindungan Yang Terbaik.
[6:82] Sesiapa yang percaya, dan tidak mengotori kepercayaan mereka dengan mempersekutukan, telah mendapat perlindungan yang terbaik, dan merekalah yang benar benar mendapat bimbingan.
[6:83] Itulah perdebatan kami, yang mana kami sokong Ibrahim menentang orang orangnya. Kami menaikkan sesiapa saja kami kehendaki kepangkat pangkat yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan kamulah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[6:84] Dan kami memberikan Ishak dan Ya'kub kepadanya, kami membimbing mereka berdua sebagaimana, kami telah membimbing Nuh dan keturunannya (yang kami bimbing) Daud, Sulayman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun. Lantas kami memberi ganjaran kepada orang orang yang salih.
[6:85] Begitu juga, Zakaria,Yahya, Isa dan Ilias; mereka kesemuanya adalah orang orang yang salih.
[6:86] Dan juga Ismail, Alyasa',Yunus dan Lut; setiap mereka ini kami membezakan mereka dari kesemua manusia.
[6:87] Diantara leluhur mereka, dan juga keturunan mereka,dan adik beradik mereka, kami memilih banyak, dan kami membimbing mereka semua kejalan yang lurus.
[6:88] Itulah bimbingan Allah, yang mana Dia membimbing sesiapa saja yang dia pilih diantara hamba hambaNya. Jika ada diantara mereka yang terjebak didalam menyekutukanNya, segala pekerjaan pekerjaan mereka tidak akan dapat diterima.
[6:89] Itulah mereka yang mana kami berikan kitab, kebijaksanaan (hikmah) dan juga kenabian. Jika mereka ini tidak percaya, kami akan gantikan mereka dengan yang lainnya dari tempat mereka, dan pengganti mereka tidak akan menjadi orang orang yang ingkar.
[6:90] Inilah orang orang yang dibimbing oleh Allah; kamu akan dapat bimbingan dengan mengikuti jejak langkah mereka. Katakanlah, "Kami tidak meminta bayaran dari kamu. Ini adalah sesungguhnya mesej untuk semua manusia."
Mesej Allah Kepada Dunia.
[6:91] Mereka tidak pernah menghargai Allah sebagaimana sepatutnya dihargakan. Lantas, mereka berkata, "Allah tidak menerangkan suatu apapun kepada sebarang manusia." Katakanlah, "Siapa gerangan yang menerangkan kitab yang dibawa oleh Musa, yang mengandungi cahaya dan petunjuk untuk manusia?" Kamu telah menulisnya diatas kertas untuk diumumkannya, sementara menyembunyikan banyak diantaranya. Kamu telah diajarkan dari apa yang tidak pernah kamu ketahui ? kamu dan ibu bapa ibu bapa kamu. Katakanlah, "Allah (yang menerangkannya)," dan tinggalkanlah mereka didalam kelalaian, dan bermain main.
[6:92] Yang ini juga adalah kitab yang dirahmati yang telah kami terangkan, mengesahkan kitab yang terdahulu, supaya dapat kamu memberi amaran kepada komuniti yang paling mustahak dan semua disekelilingnya. Sesiapa yang percaya kepada Akhirat akan percaya dengannya (kitab), dan akan Mengerjakan Sembahyang (Salat).
Para Rasul Yang Palsu Di-Kutuk.
[6:93] Siapa yang lebih zalim dari orang yang mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah, ataupun mengatakan, "Aku telah mendapat inspirasi yang suci," Padahal tidak pernah diinspirasikan sedemikian, ataupun dengan mengatakan, "Aku boleh menulis serupa seperti revelasi revelasi Allah?" Jika kamu dapat melihat orang orang yang melampaui batas itu menghadapi kematian! Malaikat malaikat yang memanjangkan tangan tangan mereka kepada mereka, dengan mengatakan, "Biarkan keluar roh roh kamu. Hari ini, kamu telah mendapat hukuman yang menghina kerana mengatakan berkenaan Allah yang lain dari kebenaran, dan kerana terlalu sombong untuk menerima revelasi revelasiNya.
[6:94] "Kamu telah pulang kepada kami dengan sendirian, sama seperti kami menciptakan kamu pada mulanya, dan kamu telah tinggalkan apa saja yang kami peruntukkan kepada kamu. Kami tidak nampak yang kamu ada bersama dengan penjamin penjamin yang kamu puja pujakan dan mengaku yang mereka boleh menolong kamu. Semua perhubungan diantara kamu telah dimusnahkan; pujaan pujaan yang kamu ada adakan itu telah pun meninggalkan kamu."
Kebesaran Allah.
[6:95] Allah Sahajalah yang menjadikan biji bijian dan benih benih untuk membelah dan berkecambah. Dialah yang mengeluarkan kehidupan dari yang mati, dan dari yang mati kepada kehidupan. Itulah Allah; kenapa mesti kamu menyeleweng!
[6:96] Didalam keretakkan subuh, Dia jadikan pagi untuk disatukan. Dia jadikan malam dengan ketetapan, dan Dia memberikan matahari dan bulan untuk servis sebagai alat perkiraan. Itulah rekaan dari yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
[6:97] Dan Dia sahajalah Yang menjadikan bintang bintang untuk membimbing kamu dimasa kegelapan, didaratan dan juga dilautan. Lantas kami jelaskan revelasi revelasi kami kepada manusia yang tahu.
[6:98] Dia yang meinisiasikan kamu dari satu orang, dan menentukan laluan kamu, begitu juga dengan akhirnya destini kamu. Lantas kami jelaskan revelasi revelasi kami kepada manusia supaya dapat memahaminya.
[6:99] Dia Sahajalah yang menurunkan air dari langit, dengannya kami mengeluarkan berbagai bagai jenis tumbuh tumbuhan. Kami keluarkan dari hijauan material dengan banyaknya daripada biji bijian komplex, pokok pokok palma dengan rumpunannya yang tergantung, dan taman taman buah buahan anggur, buah buah zaitun dan buah buah delima; buah buahan yang serupa, tapi berlainan. Lihatlah buah buahan mereka apabila ianya membesar dan masak. Ini adalah petanda bagi orang orang yang percaya.
[6:100] Masih juga, mereka mengadakan selain Allah pujaan pujaan daripada segala jin, walaupun hanya Dia sahajalah yang menciptakan mereka. Dan juga mereka atribut kepadaNya anak anak lelaki dan perempuan, dengan tidak mempunyai pengetahuan. Segala puji bagiNya. Dialah yang Maha Tinggi, jauh keatas dari apa yang mereka tentukan.
[6:101] Yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi. Bagaimanakah boleh Dia mempunyai anak, sedangkan Dia tidak pernah mempunyai pasangan? Dialah yang mencipta kesemuanya sekali, dan Dia tetap menyedari akan segala sesuatu.
Allah.
[6:102] Itulah Allah Tuhan kamu, tidak ada tuhan selain Dia, Pencipta kepada kesemua yang ada. Kamu mestilah menyembah Dia sahaja. Dialah yang berkuasa diatas segala galanya.
[6:103] Tidak ada visi dapat merangkumiNya, tetapi Dia yang merangkumi kesemua visi. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani lagi Maha Perihatin.
[6:104] Penyedaran telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu. Bagi siapa yang dapat melihat, mereka melakukan demi untuk kebaikan diri diri mereka sendiri, dan bagi sesiapa yang membutakan diri diri mereka, maka mereka hanyalah menjejaskan diri diri mereka sendiri. Aku bukanlah pebimbing kamu.
[6:105] Lantas kami terangkan revelasi revelasi, untuk membuktikan yang kamu telah menerima ilmu, dan supaya dapat kamu menjelaskannya kepada manusia yang tahu.
[6:106] Ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan kamu, tidak ada tuhan melainkan Dia, dan tinggalkanlah orang orang yang menyekutukanNya.
[6:107] Jika Allah mengkehendaki, mereka tidak akan menyembah pujaan pujaan mereka. Kami tidak melantikkanmu untuk menjadi penjaga mereka, dan tidak juga sebagai penyokong mereka.
[6:108] Janganlah kamu menyumpah pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah, supaya jangan sampai mereka menyumpah dengan mengkufurkan Allah, kerana kejahilan mereka. Kami telah menghiaskan dimata mata mereka itu keindahan akan kerja kerja bagi tiap tiap kumpulan. Akhirnya, mereka akan dikembalikan kepada Tuhan mereka, maka Dia akan memberitahukan kepada mereka segala apa yang telah mereka lakukan.
[6:109] Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika mukjizat datang kepada mereka, tentu sekali mereka akan percaya. Katakanlah, "Mukjizat hanya datang dari Allah." Dengan apa yang kamu semua ketahui, jika mukjizat pernah datang kepada mereka pun, mereka tentu berterusan mengingkarkan.
[6:110] Kami yang menguasai minda minda dan hati hati mereka. Lantas, mereka yang mengambil keputusan untuk mengingkarkan, kami tinggalkan mereka dengan kelakuan mereka yang luar batasan, satu kesilapan besar.
Akibatnya Kerana Mengambil Keputusan Sendiri.
[6:111] Walaupun jika kami turunkan malaikat malaikat kepada mereka; walaupun jika yang mati boleh berkata kata kepada mereka; walaupun jika kami kumpulkan setiap mukjizat kepada mereka; Mereka tidak akan percaya melainkan dengan kehendak Allah. Sesungguhnya kebanyakan dari mereka adalah orang orang yang jahil.
Hadis & Sunnah: Adalah Rekaan Dari Musuh Musuh Nabi.
[6:112] Kami telah mengizinkan para musuh bagi setiap nabi ? manusia dan jin syaitan ? meinspirasikan diantara satu dengan lainnya dengan kata kata yang menarik, demi untuk menipu. Jika Tuhan kamu menghendakinya, mereka tidak akan melakukannya. Kamu mesti tinggalkan mereka dari segala apa yang telah mereka reka rekakan
Mustahaknya Kriteria.
[6:113] Ini untuk membiarkan minda minda mereka yang tidak percaya akan Hari Akhirat supaya mendengarkan perkataan yang direka rekakan itu lalu menerimanya, supaya dapat didedahkan sabit kesalahan mereka.
Quran:Penerangan Yang Sempurna Dan Terperinci.
[6:114] Mestikah aku mencari selain Allah sebagai perundangan, apabila Dia yang telah terangkan kepada kamu kitab yang sempurna dan terperinci? Mereka yang mendapat kitab mengenalinya yang ianya telah diturunkan oleh Tuhan kamu, dengan kebenaran. Kamu jangan sekali kali menyimpan sebarang keraguan.
[6:115] Perkataan dari Tuhan kamu telah sempurna, dengan penuh kebenaran dan keadilan. tidak ada yang boleh membatalkan perkataan perkataanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[6:116] Jika kamu menurut kebanyakan manusia dari bumi, mereka akan mengubahkan kamu dari jalan Allah. Mereka hanya mengikut terkaan semat mata; dengan hanya mengagak saja.
[6:117] Tuhan kamu amat mengetahui sesiapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia amat ketahui orang orang yang mendapat bimbingan.
[6:118] Apabila kamu makan, kamu mestilah menyebut nama Allah, jika kamu benar benar percaya dengan revelasi revelasiNya.
Kesempatan Untuk Mengingati Allah: Sebut Nama Allah Sebelum Kamu Makan.
[6:119] Kenapa mesti kamu tidak mahu makan dimana nama Allah telah disebutkan? Dia telah memberikan butir butir yang nyata apa yang diharamkan untuk kamu, melainkan jika kamu dipaksa. Sesungguhnya kebanyakan manusia telah memperdayakan manusia yang lainnya dengan pendapat pendapat mereka, dengan tidak mempunyai pengetahuan. Tuhan kamu amat perihatin terhadap orang orang yang melampaui batas itu.
[6:120] Kamu mestilah menjauhkan diri dari membuat dosa dosa yang ketara dan juga yang dirahsiakan. Sesiapa yang melakukan dosa dosa itu tentu sekali akan menerima bayaran dari perbuatan mereka yang melampaui batas itu.
[6:121] Jangan sekali memakan makanan yang nama Allah tidak disebutkan, kerana itu adalah satu amalan yang keji. Syaitan telah meinspirasikan sekutu sekutu mereka untuk berdebatan dengan kamu; jikalau kamu mengikuti mereka, maka kamu adalah orang orang yang menyekutukan.
[6:122] Adakah sesiapa yang telah dimatikan dan kami berikan dia hidup kembali, dan peruntukkan dengan dia cahaya yang dapat memberikannya bergerak diantara manusia, serupa dengan orang orang yang didalam kesesatan yang mana dia tidak akan dapat keluar darinya? Adapun kerja kerja orang yang ingkar itu dinampakkan indah oleh mata mata mereka.
[6:123] Kami biarkan mereka memajukan jenayah jenayah tiap tiap komuniti supaya berkomplot dan merancang. Tetapi mereka hanya berkomplot dan merancang untuk menentang roh roh mereka sendiri dengan tidak memberikan kesan sedikit pun.
Menyoalkan Kebijaksanaan (Hikmah) Allah.
[6:124] Apabila bukti yang kuat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan percaya, melainkan jika kami diberikan apa yang telah diberi kepada para rasul Allah!" Allah tahu dengan sebenarnya siapakah yang paling layak
untuk menyampaikan mesejNya. Penjenayah penjenayah yang demikian itu akan menderita penghinaan yang dahsyat dari Allah, dan hukuman yang dahsyat akan diberikan akibat dari rancangan mereka yang jahat.
[6:125] Sesiapa sahaja yang Allah kehendaki kepada bimbingan, Dia akan melapangkan dada mereka terbuka luas untuk menyerahkan diri diri mereka (KepadaNya). Dan sesiapa juga Dia kehendaki untuk disesatkan, Dia membukakan dada mereka dengan sikap yang tidak bertoleransi dan sulit, seperti orang yang memanjat kelangit. Lantas Allah menyumpah mereka kerana tidak mahu percaya.
[6:126] Ini adalah jalan yang lurus menuju Tuhan kamu. Kami telah terangkan revelasi revelasi kami supaya manusia dapat mengambil perhatian.
[6:127] Mereka telah mendapat tempat kediaman yang aman dekat dengan Tuhan mereka; Dialah Tuhan dan Tuan mereka, sebagai anugerah kerana kerja kerja mereka.
[6:128] Harinya akan tiba dimana Dia akan kumpulkan mereka semua (dan berkata): "Wahai engkau jin, engkau telah melibatkan ramai manusia." Manusia yang bersekutu dengan mereka akan berkata, "Tuhan kami, kami bergembira sesama sendiri sehinggakan kami terlalai sepanjang kehidupan yang Engkau telah tetapkan untuk kami." Dia akan berkata, "Neraka adalah destini kamu." Mereka akan tinggal didalamnya selama lamanya, mengikut dengan kehendak Allah. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[6:129] Lantas kami sepadankan orang orang yang zalim itu menjadi pasangan sesama sendiri sebagai hukuman kerana keterlaluan mereka.
[6:130] Wahai jin dan manusia, tidakkah kamu mendapatkan para rasul dari kalangan kamu, yang menceritakan kepada kamu revelasi revelasiKu, dan memberikan amaran kepada kamu tentang hari pertemuan sekarang ini? Mereka akan berkata, "Kami bersaksi bertentangan dengan diri diri kami." Mereka telah begitu sibuk dengan kehidupan dunia, dan mereka akan menyaksikan tentang diri diri mereka kerana keingkaran mereka.
[6:131] Ini menunjukkan yang Tuhan kami tidak akan menghapuskan sebarang komuniti dengan ketidak adilan, sementara orang orangnya belum mendapat pengetahuan.
[6:132] Kesemuanya kamu akan mendapatkan pangkat sepadan dengan amalan kamu. Tuhan kamu tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu lakukan.
[6:133] Tuhan kamu Sahajalah yang Kaya; pemilik bagi segala belas kasih. Jika Dia kehendaki, Dia boleh menyingkirkan kamu, dan menggantikan sesiapa saja yang dikehendakiNya ditempat kamu, sama seperti Dia menjadikan kamu dari manusia yang berlainan keturunan.
[6:134] Apa yang dijanjikan kepada kamu akan datang dan berlalu, dan tidak mungkin dapat dielakkannya lagi.
[6:135] Katakanlah, "Wahai orang orangku, lakukanlah yang terbaik, dan aku juga akan berbuat demikian. Kamu tentu sekali akan ketahui, yang orang orang zalim itu tidak akan berjaya.
Menyalah Gunakan Peruntukkan Peruntukkan Dari Allah.
[6:136] Mereka pastikan dengan membahagikan sebahagian dari tanam tanaman dan binatang binatang ternakan dari pemberian Allah, dan mengatakan, "Sebahagian ini kepunyaan Allah," mengikut dakwaan mereka, "dan bahagian ini kepunyaan pujaan pujaan kami." Walaupun demikian apa yang dibahagiankan untuk pujaan pujaan mereka itu tidak akan sampai kepada Allah, sementara setiap kali bahagian yang diperuntukkan kepada Allah itu sampai kepada pujaan pujaan mereka. Sungguh amat menyedihkan pertimbangan yang mereka adilkan itu.
[6:137] Lantas, orang orang yang menyekutukan itu telah menjadi mangsa kepada pujaan pujaan mereka, sampai ketahap untuk membunuh anak anak mereka. Sebenarnya pujaan pujaan mereka itu telah mengenakan penderitaan yang amat sangat kepada mereka, dan membuat kebingungan dengan agama mereka. Jika Allah berkehendakan mereka tidak akan melakukannya. Kamu mestilah tinggalkan mereka dengan apa yang mereka reka rekakan.
Innovasi Innovasi Dalam Beragama Dikutuk.
[6:138] Mereka berkata, "Binatang ternakan dan tanam tanaman ini adalah diharamkan; tidak ada siapa boleh memakannya melainkan dengan kebenaran kami," itu yang mereka dakwa. Mereka juga mengharamkan dengan menunggang binatang ternakan yang tertentu. Sedangkan binatang ternakan yang mereka makan pun, tidak pernah mereka menyebutkan nama Allah apabila mereka mengorbankannya. Itu adalah segala innovasi innovasi yang diatributkan kepadaNya. Dia tentu sekali akan membalas mereka dengan segala innovasi innovasi yang mereka ada adakan.
[6:139] Mereka juga berkata, "Apa yang ada didalam perut perut binatang ternakan ini dikhaskan eksklusifnya untuk para lelaki, diantara kami, dan diharamkan untuk isteri isteri kami." Tetapi apabila binatang yang dilahirkan itu mati, maka mereka mengizinkan isteri isteri mereka mendapatkan bahagian mereka. Dia tentu sekali akan membalas segala innovasi innovasi yang mereka ada adakan itu . Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[6:140] Sungguh merugikan orang orang yang membunuh anak anak mereka itu kerana kebodohan, oleh kerana tidak mempunyai cukup pengetahuan, dan mengharamkan apa apa yang telah Allah sediakan untuk mereka, kerana semata mata untuk mengikuti segala innovasi innovasi yang diatributkannya kepada Allah. Mereka itulah orang orang yang telah tersesat jauh; dan juga yang tidak mendapat bimbingan.
Zakat (Derma) Mesti Diberi "Pada Hari Penuaian"
[6:141] Dia Sahajalah yang menjadikan taman taman, yang berjunjung dan juga tidak berjunjung, dan pokok pokok palas, tanam tanaman yang mempunyai anika rasa, dan buah buah zaitun dan delima - buah buahan yang serupa, tetapi berlainan. Makanlah dari buah buahannya, dan berikanlah sedekah pada hari penuian itu, dan janganlah membazir.sesungguhnya Dia tidak cinta kepada orang orang yang suka membazir.
[6:142] Sebahagian dari binatang ternakan itu digunakan untuk pengangkutan, dan juga sebagai peralatan tempat tidur. Makanlah dari pemberian Allah kepada kamu, dan janganlah kamu mengikut langkah langkah Syaitan; sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.
Menginnovasikan Pengharaman Makanan Di-Kutuk.
[6:143] Lapan jenis binatang ternakan: berkenaan dua jenis biri biri, dan dua jenis kambing kambing, katakanlah, "Adakah dua jantan yang diharamkan, ataupun dua betina, ataupun kandungan didalam rahim rahim kedua betina? Katakan kepada aku apa yang kamu tahu, jika memang sesungguhnya kamu yang benar."
[6:144] Berkenaan dua jenis unta unta, dan dua jenis lembu, katakanlah, "Adakah dua jantan yang Dia haramkan, ataupun dua betina, ataupun kandungan didalam rahim rahim kedua betina? Adakah kamu bersaksikan yang Allah mendekrikan demikian pengharaman kepada kamu? Siapakah yang paling zalim dari orang orang yang mengada adakan penipuan yang demikian dan diatributkan semuanya itu kepada Allah? Lantas mereka memperdayakan manusia dengan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing manusia yang zalim.
Makanan Yang Di-Haramkan.
[6:145] Katakanlah, "Aku tidak jumpa didalam revelasi revelasi yang diberikan kepadaku berkenaan semua makanan yang diharamkan bagi pemakan melainkan: (1) daging bangkai yang reput, (2) darah yang mengalir, (3) daging babi, kerana ianya tercemar, dan (4) daging kepada binatang yang telah dikotori dengan didedikasikan selain dari Allah." Jika seseorang telah terpaksa (memakannya), dengan tidak disengajakan ataupun bukan dengan kedengkian, maka sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[6:146] Bagi orang orang Yahudi kami haramkan kepada mereka binatang binatang yang kuku kukunya tidak dibahagikan; dan juga kami mengharamkan lemak lembu dan biri biri, melainkan yang terletak dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang bercampur dengan tulang tulang. Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui batas, sesungguhnya kamilah yang benar.
[6:147] Jika mereka mengingkari kamu, maka katakanlah, "Tuhan kami mempunyai rahmat yang tidak terhingga, tetapi hukumanNya tidak akan dapat dielakkan oleh orang orang yang bersalah.
[6:148] Orang orang yang menyekutukan (Allah) berkata, "Jika Allah kehendaki kami tidak akan mengamalkan penyekutuan, tidak juga dengan kedua ibu bapa ibu bapa kami, dan tidak juga akan kami mengharamkan dari apa apa saja." Begitu juga dengan orang orang sebelum mereka yang mengingkarkan, sehingga kami kenakan hukuman kepada mereka. Katakanlah, "Adakah kamu mempunyai sebarang ilmu pengetahuan untuk dijadikan bukti yang dapat ditunjukkan kepada kami? Kamu tidak mengikut apapun melainkan terkaan semata mata dan kamu hanya mengagak agak saja.
Perdebatan Yang Sangat Kuat.
[6:149] Katakanlah, "Allah mempunyai perdebatan yang sangat kuat; jika Dia menghendakki Dia boleh membimbing kamu semua."
[6:150] Katakanlah, "Bawalah saksi saksi kamu yang boleh memberikan keterangan yang Allah telah mengharamkan ini ataupun itu." Jika mereka memberikan keterangan, jangan kamu bersama mereka untuk memberikan keterangan. Dan jangan kamu mengikut pendapat pendapat orang orang yang mengingkarkan revelasi revelasi kami, dan juga mereka yang mengingkarkan Hari Akhirat, begitu juga dengan orang orang yang tersesat jauh dari Tuhan mereka.
Rukun Rukun Yang Utama.
[6:151] Katakanlah, "Marilah aku beritahu kamu apa yang Tuhan kamu telah benar benar haramkan untuk kamu: Kamu tidak boleh mendirikan berhala berhala selain Dia. Kamu hendaklah menghormati ibu bapa kamu. Kamu tidak boleh membunuh anak anak kamu dari ketakutan kemiskinan—kami menyediakan untuk kamu dan untuk mereka. Kamu tidak boleh melakukan dosa dosa besar, yang nyata atau tersembunyi. Kamu tidak boleh membunuh—Allah telah menjadikan kehidupan suci—melainkan dalam perjalanan keadilan. Inilah perintah perintahNya kepada kamu, supaya kamu dapat memahami."
sekutu sekutu disampingNya. Kamu mesti memuliakan kedua ibu bapa kamu. Jangan sekali kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan - kami yang berikan segala peruntukkan kepada kamu dan mereka. Jangan sekali kamu melakukan dosa dosa besar, dengan terang ataupun dirahsiakan. Jangan kamu membunuh ? Allah telah menjadikan nyawa itu suci ? melainkan untuk keadilan. Ini adalah rukun rukunNya kepada kamu, supaya dapat kamu memahaminya.
[6:152] Jangan sekali kamu memakan wang anak anak yatim melainkan dengan jalan yang terbaik, hinggalah mereka dewasa. Kamu mestilah memberi timbangan yang penuh apabila kamu menimbang diwaktu kamu berurusan didalam perniagaan, dengan seksama. Kami tidak membebani setiap roh melebihi kemampuan mereka sendiri. Kamu mestilah benar benar adil apabila kamu berdiri sebagai saksi, walaupun berhadapan dengan saudara mara. Kamu mestilah penuhi janji janji kamu kepada Allah. Inilah rukun rukunNya kepada kamu, supaya dapat kamu merenungkan.
[6:153] Ini adalah perjalananKu - yang lurus. Kamu mesti mengikutinya, dan jangan kamu mengikut perjalanan perjalanan yang lain darinya, takut mereka akan melencongkan kamu daripada perjalananNya. Ini adalah rukun rukunNya kepada kamu, supaya kamu mendapat keselamatan.
[6:154] Dan kami telah berikan kepada Musa kitab, cukup dengan rukun rukun yang terbaik, dan melengkapi kesemuanya, dengan petunjuk serta belas kasih, supaya dapat mereka percaya untuk bertemu dengan Tuhan mereka.
[6:155] Ini juga adalah kitab yang dirahmati yang kami telah turunkan; kamu mesti mengikutinya dengan mengamalkan kehidupan yang benar, supaya kamu akan mendapat belas kasih.
[6:156] Sekarang ini kamu tidak akan boleh lagi bekata, "Kitab ini telah diturunkan kepada kedua dua kumpulan sebelum kami, dan kami tidak sedar akan pengajarannya."
Matematik: Bukti Bukti Yang Utama.
[6:157] Tidak juga boleh kamu mengatakan, "Hanya kalaulah kitab ini boleh diturunkan kepada kami, kami akan mendapat bimbingan yang lebih baik dari mereka." Kitab yang mempunyai bukti sekarang ini telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu, sebagai petunjuk juga belas kasih. Sekarang, siapakah yang paling zalim kerana mengingkari bukti bukti ini dari Allah, dan tidak memperdulikannya? Kami akan mengenakan orang orang yang mengingkarkan bukti bukti kami ini dengan hukuman yang paling dahsyat oleh sebab mereka tidak mahu mengambil peringatan.
Keperluan Dalam Menjalani Ujian
[6:158] Adakah mereka menunggu sampai malaikat malaikat datang kepada mereka, ataupun Tuhan kamu, ataupun beberapa fizikal yang dinyatakan kepada Tuhan kamu? Pada hari yang perkara ini terjadi, tidak ada satu roh pun yang akan mendapatkan keuntungan dari kepercayaannya jika sebelum itu mereka mengingkarkannya, dan tidak akan juga didapatkan apa apa keuntungan walaupun mereka menjalani kehidupan yang salih. katakanlah, "Sentiasalah menunggu; kerana kami juga sama sama menunggu."
Mengadakan Sekta Dalam Beragama Di-Kutuk.
[6:159] Sesiapa yang membahagikan agama mereka kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan kamu. Mereka akan dihakimkan oleh Allah, dan Dia akan memberitahu kepada kamu apa apa yang telah kamu lakukan.
[6:160] Sesiapa yang mengamalkan pekerjaan benar akan menerima ganjaran sepuluh kali banyaknya, dan bagi sesiapa juga yang melakukan dosa akan dibalas hanya satu. Tidak ada seseorang pun akan menderita ketidak adilan walau sedikit sekalipun.
[6:161] Katakanlah, "Tuhan kami telah membimbing kami kejalan yang lurus ? agama Ibrahim yang cukup sempurna, monoteisme. Tidak pernah sekali dia menyekutukan (Allah)."
[6:162] Katakanlah, "Sembahyangku (Salat), ibadahku yang aku amalkan, kehidupanku dan juga kematianku, kesemuanya akan aku abdikan semata mata kepada Allah sahaja, Tuhan semesta alam.
[6:163] "Dia tidak mempunyai pasangan. Inilah yang aku telah diperintahkan untuk mempercayainya, dan akulah orang yang pertama menyerahkan diriku (kepada Allah)."
[6:164] Katakanlah, "Mestikah aku mencari selain Allah sebagai Tuhan, sedangkan Dialah Tuhan bagi segala galanya? Tidak ada satu jiwa pun boleh memanfaatkan sesuatu melainkan hanyalah jikalau mereka itu mebuat kerja kerja yang mereka usahakan sendiri, dan tidak ada siapapun dapat memikul beban orang lain. Akhir sekali, kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu, lalu Dia akan memberitahukan kepada kamu apa apa yang kamu semua berselisihkan.
[6:165] Dia Sahajalah yang menjadikan kamu waris waris dibumi ini, dan Dia naikkan diantara kamu dengan lainnya dengan pangkat, supaya dapat diberikan percubaan kepada kamu mengikut apa yang telah Dia berikan kepada kamu. Tentu sekali, Tuhan kamu amat cekap dalam menjalankan hukuman, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.