Al-Quran 6:139 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Mereka juga berkata, "Apa yang ada didalam perut perut binatang ternakan ini dikhaskan eksklusifnya untuk para lelaki, diantara kami, dan diharamkan untuk isteri isteri kami." Tetapi apabila binatang yang dilahirkan itu mati, maka mereka mengizinkan isteri isteri mereka mendapatkan bahagian mereka. Dia tentu sekali akan membalas segala innovasi innovasi yang mereka ada adakan itu . Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[6:138] Mereka berkata, "Binatang ternakan dan tanam tanaman ini adalah diharamkan; tidak ada siapa boleh memakannya melainkan dengan kebenaran kami," itu yang mereka dakwa. Mereka juga mengharamkan dengan menunggang binatang ternakan yang tertentu. Sedangkan binatang ternakan yang mereka makan pun, tidak pernah mereka menyebutkan nama Allah apabila mereka mengorbankannya. Itu adalah segala innovasi innovasi yang diatributkan kepadaNya. Dia tentu sekali akan membalas mereka dengan segala innovasi innovasi yang mereka ada adakan.
[6:140] Sungguh merugikan orang orang yang membunuh anak anak mereka itu kerana kebodohan, oleh kerana tidak mempunyai cukup pengetahuan, dan mengharamkan apa apa yang telah Allah sediakan untuk mereka, kerana semata mata untuk mengikuti segala innovasi innovasi yang diatributkannya kepada Allah. Mereka itulah orang orang yang telah tersesat jauh; dan juga yang tidak mendapat bimbingan.