Al-Quran 6:140 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Sungguh merugikan orang orang yang membunuh anak anak mereka itu kerana kebodohan, oleh kerana tidak mempunyai cukup pengetahuan, dan mengharamkan apa apa yang telah Allah sediakan untuk mereka, kerana semata mata untuk mengikuti segala innovasi innovasi yang diatributkannya kepada Allah. Mereka itulah orang orang yang telah tersesat jauh; dan juga yang tidak mendapat bimbingan.
[6:139] Mereka juga berkata, "Apa yang ada didalam perut perut binatang ternakan ini dikhaskan eksklusifnya untuk para lelaki, diantara kami, dan diharamkan untuk isteri isteri kami." Tetapi apabila binatang yang dilahirkan itu mati, maka mereka mengizinkan isteri isteri mereka mendapatkan bahagian mereka. Dia tentu sekali akan membalas segala innovasi innovasi yang mereka ada adakan itu . Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[6:141] Dia Sahajalah yang menjadikan taman taman, yang berjunjung dan juga tidak berjunjung, dan pokok pokok palas, tanam tanaman yang mempunyai anika rasa, dan buah buah zaitun dan delima - buah buahan yang serupa, tetapi berlainan. Makanlah dari buah buahannya, dan berikanlah sedekah pada hari penuian itu, dan janganlah membazir.sesungguhnya Dia tidak cinta kepada orang orang yang suka membazir.