Al-Quran 6:69 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Orang orang yang benar tidak akan bertanggungjawab dengan perkataan mereka itu, tetapi ini akan dapat memberikan peringatan untuk mereka; boleh jadi mereka akan dapat diselamatkan.
[6:68] Jika kamu melihat mereka yang mengejekkan revelasi revelasi kami, kamu mesti mengelakkan diri dari mereka sehingga mereka mengubahkan tajuk perbualan mereka. Jika syaitan membuatkan kamu terlupa, maka apabila saja kamu teringat, janganlah duduk bersama sama manusia yang berperangaikan syaitan.
[6:70] Jangan kamu pedulikan mereka yang mensia siakan agama mereka, seolah olah ini adalah perhimpunan sosial, dan yang penuh keasyikkan dengan kehidupan dunia. Dan ingatkanlah dengan (Quran) ini, supaya tidak ada satu roh pun akan menderita akhibat dari pekerjaan jahat yang diamalkan.Tidak ada lain disamping Allah sebagai Tuhan dan Tuan, dan tidak juga akan diadakan perantaraan. Kalaupun didapatkan tawaran sebagai penebus, tidak akan diterima darinya. Mereka akan menerima penderitaan akhibat dari kerja kerja jahat yang mereka usahakan; mereka akan meminum minuman dari Neraka, dan mereka akan mendapatkan hukuman yang dahsyat kerana keingkaran mereka.