Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 6:147 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)

Jika mereka mengingkari kamu, maka katakanlah, "Tuhan kami mempunyai rahmat yang tidak terhingga, tetapi hukumanNya tidak akan dapat dielakkan oleh orang orang yang bersalah.

[6:146] Bagi orang orang Yahudi kami haramkan kepada mereka binatang binatang yang kuku kukunya tidak dibahagikan; dan juga kami mengharamkan lemak lembu dan biri biri, melainkan yang terletak dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang bercampur dengan tulang tulang. Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui batas, sesungguhnya kamilah yang benar.

[6:148] Orang orang yang menyekutukan (Allah) berkata, "Jika Allah kehendaki kami tidak akan mengamalkan penyekutuan, tidak juga dengan kedua ibu bapa ibu bapa kami, dan tidak juga akan kami mengharamkan dari apa apa saja." Begitu juga dengan orang orang sebelum mereka yang mengingkarkan, sehingga kami kenakan hukuman kepada mereka. Katakanlah, "Adakah kamu mempunyai sebarang ilmu pengetahuan untuk dijadikan bukti yang dapat ditunjukkan kepada kami? Kamu tidak mengikut apapun melainkan terkaan semata mata dan kamu hanya mengagak agak saja.